Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jua.ra.i] | منجوارءي

Definisi : 1. menjadi juara, menjadi johan: kali terakhir Malaysia ~ Piala Thomas ialah pd tahun 1992 di Kuala Lumpur; 2. mem­perjuangkan (mempertahankan, me­nyo­kong, dsb) dgn sesungguhnya: terlampau ramai ahli politik yg terpaksa ~ kepentingan kaum sendiri; dia pun telah menjadi pengusaha dan pedagang di samping mengaku men­jadi orang politik yg seratus peratus ~ nasib rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
juara (kata nama)
Bersinonim dengan johan, jaguh, pemenang, jago, campian;,
Kata Terbitan : menjuarai, kejuaraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kejayaan pemain badminton menjuarai beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak. (apakah kesalahan yang tuan temukan ?, buku kata menjuarai salah, tetapi saya agak susah untuk memahami)Ayat itu adalah gramatis. Menjuarai bermaksud menjadi juara dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa24.07.2011
1. Ibu dan ayah (besar hati / lapang dada) apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini. 2. Mak Limah sedang (memercikkan) air mawar (pada) pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin. 3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat (oleh) kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu. 4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci (punca) merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang. 5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). 6. A Pak Mat memagarkan di sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. B Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (Salah) C Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Adakah A dan C juga betul? Bagaimanakah pula bentuk ayat jika kata memagari digunakan? 7. Polis itu berjaya (memerangkap) penyeluk saku yang sedang (berkeliaran) di kawasan perhentian bas itu. 8. Raju (masih sedang) membaiki basikalnya yang (rosak) itu (sehingga) (terlupa untuk) makan tengah hari. 9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. 10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas.1. Ibu dan ayah besar hati apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini.
2. Mak Limah sedang memercikkan air mawar kepada pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin.
3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat oleh kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu.
4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci punca merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang.
5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). - Penggunaan kata kental tidak sesuai dalam ayat ini.  
6. (B) Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (C) Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Memagari bermaksud membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling) dan meagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar. 
7. Polis itu berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang berkeliaran di kawasan perhentian bas itu.
8. Raju sedang membaiki basikalnya yang rosak itu sehingga terlupa makan tengah hari.
9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. - Memperakukan tidak sesuai dari aspek semantik dalam ayat ini.
10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas. - Perkataan sarat tidak sesuai dalam ayat ini.
Untuk melihat adakah perkataan itu sesuai atau tidak dalam ayat, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my.
Tatabahasa14.05.2012
salam sejahtera: adakah sesuai jika saya menggunakan kosa kata yang baru dikeluarkan untuk disematkan dalam teks forum pasukan sekolah kami? untuk makluman tuan, pasukan kami telah menjuarai pertandingan forum remaja peringkat bahagian dan saya mendapati bahawa masih ada kekurangan dalam teks yang saya olah...tajuk: keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya? saya ingin mendapatkan tips daripada tuan dan saya berharap ada tips yang berguna untuk kami supaya dapat menjuarai sekali lagi pertandingan forum remaja peringkat negeri sarawak pada tahun ini.. salam hormat, frederick..Pihak panel penilai semasa mengadili pertandingan sentiasa mematuhi peraturan pemarkahan dari setiap aspek yang ditetapkan pihak penganjur. Penggunaan kosa kata yang betul semasa bertanding akan diambil kira dalam pemberian markah. Pihak tuan digalakkkan banyak merujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan ketepatan sesuatu perkataan dan ayat.Istilah29.04.2009
saya ingin bertanya adakah betul struktur/pengunaan bahasa bg ayat ini Pasukan negeri Sembilan menjulang kejayaan piala Malaysia tahun 2011.Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia tahun 2011.Tatabahasa06.06.2013

Kembali ke atas