apa maksud menjunjung? | Menjunjung bermaksud membawa sesuatu di atas kepala, mematuhi (titah dll), menurut atau amat menghormati. | Makna | 20.01.2007 |
Mak Endang ___________ bakul berisi sayur-sayuran kampung itu pulang dari kebunnya. (menjunjung, menjulang) Adakah betul penggunaan perkataan menjunjung dalam ayat tersebut? | Menjunjung ialah membawa sesuatu di atas kepala manakala menjulang ialah mengangkat ke atas. Jawapan yang sesuai ialah menjunjung Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari laman web http://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 11.05.2020 |
Salam tuan/puan, Apakah maksud 'menjunjung kasih'? Ayat contoh: Patik menjunjung kasih, tuanku. Terima kasih. | Ungkapan bahasa diraja menunjukkan fungsi penghargaan menunjukkan gerak arah dari bawah ke atas. Apabila rakyat menghargai pemberian atau anugerah Raja, maka dia menjunjungnya dan tidak setakat menerimanya. Daripada situ, timbullah ungkapan ‘menjunjung kasih Tuanku’ dan ‘junjung kasih,Tuanku’ yang dalam bahasa biasa ialah ‘terima kasih”. | Makna | 19.12.2014 |
Mohon pencerahan.. 1.Ampun, tuanku. Patik menjunjung kasih. 2. Baiklah, tuanku.Patik menjunjung kasih. Ayat pertama atau ayat kedua yang betul?@ kedua2 diterima sebagai jawapan.. 3.Penggunaan tanda baca koma. Dalam buku teks bm tahun 6 sjkc, ms 82. Penggunaan koma pada setiap perktaan yg terdiri daripada kategori yg sama perlu dibubuh koma. Contoh ayat, emak menjual sayur kangkung, bayam, sawi, dan terung. Tetapi Jika dlam buku teks tahun 6 ayat jati diri, kewarganegaraan, dan patriotisme. Namun, dalam ms 83 ayat yang sama, tanda koma tidak di bubuh..Mohon pihak DBP semak akan hal ini agar tidak menimbulkan kekeliruan semasa menyampaikan Pdp..Terima kasih.. | Selamat petang. 1. Ayat 1 dan 2 betul. 2. Penggunaan tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah unsur-unsur kata dan frasa yang berlarutan. Oleh itu, sepatutnya tiada tanda koma pada frasa tersebut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 02.08.2016 |
Apakah perbezaan antara menjulang dengan menjunjung?menjujung piala | Perkataan menjunjung ialah membawa sesuatu yang diletakkan di atas kepala dan maksud lain ialah mematuhi, menghormati atau memuliakan, manakala menjulang ialah mengangkat sesuatu ke atas. Oleh itu, menjulang piala lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 21.08.2021 |
Salam tuan/puan, Apakah terjemahan untuk 'menjunjung kasih' dalam situasi perbualan dengan raja? Terima kasih. | Dalam bahasa biasa, ‘menjunjung kasih’ ialah 'terima kasih’. | Makna | 22.12.2014 |
salam sejahtera. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa 'menjunjung kasih'? Adakah 'RM5" disebut (dalam lisan ) sebagai 'RM Lima'. sekian, terima kasih. | Frasa "menjunjung kasih" bermaksud berterima kasih. Untuk lebih lanjut, saudara boleh menghubungi Sekyen Protokol dan Istiadat , Jabatan Perdana Menteri. Dalam penulisan, yang betul ialah ( Ringgit Malaysia : Lima Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut lima ringgit. | Tatabahasa | 24.07.2013 |
Adakah perkataan 'menjunjung warta' digunakan dalam laras bahasa istana? Contoh situasi: Tun Perak menyampaikan berita serta perkhabaran gembira daripada Sultan Melaka kepada seluruh jelata. | "Menjunjung warta memang terdapat dalam laras bahasa istana yang bermaksud seseorang yang diberi amanah untuk menyampaikan sesuatu berita daripada Sultan kepada rakyat jelata. | Lain-lain | 10.01.2018 |
Dalam Carian Kata DBP: Demokratik membawa maksud menjunjung/menyokong demokrasi (Kamus Bahasa Melayu). Seterusnya dalam Carian Kata: 'democratic leadership' diertikan sebagai kepimpinan demokratik, manakala 'democratic family' diterjemahkan sebagai keluarga demokratik. Berdasarkan maklumat di atas (diperoleh dari capaian DBP), kami mahu mendapatkan penjelasan sekali lagi mengenai istilah: i. democratic citizens = warganegara demokratik ii. democratic citizenship = kewarganegaraan demokratik (bermaksud kewarganegaraan yang menyokong prinsip-prinsip demokrasi) Sementara itu, kewarganegaraan demokrasi seperti yang dicadangkan oleh pihak tuan sebelum ini dirasakan kurang sesuai. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Terima kasih. | Penggunaan demokratik dan demokrasi boleh digunakan mengikut konsep dan maksud yang hendak disampaikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2016 |
Salam tuan/puan, Maaf soalan saya tempoh hari kurang jelas. Soalan sebenar saya: Apakah terjemahan 'menjunjung kasih' dalam bahasa Inggeris? Terima kasih. | DBP menyediakan khidmat penyemakan terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan tidak sebaliknya. | Lain-lain | 23.12.2014 |