Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jus.ti.fi.ka.si.kan] | منجوستيفيکاسيکن

Definisi : memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~ permohonan pinjaman itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjustifikasikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud hybrid dalam istilah puisi?

Salam Maal Hijrah 1432,

Perkataan hibrid secara harfiah bermakna kacukan, bauran atau cantuman dua/atau lebih entiti yang berlainan identiti dan budaya sehingga membentuk entiti baru. Dalam karya sastera, termasuklah genre puisi, perkataan hibriditi menjadi salah satu unsur penting dalam teori pascakolonial untuk memperlihatkan permasalahan dan kesan representasi kolonial dan kolonialisasi sehingga membentuk  identiti budaya baru dan unik kepada kalangan yang terjajah. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, novel "Mencari Isteri" karya Mohamad Yusof Ahmad, memperlihatkan ciri-ciri hibriditi identiti dan budaya kalangan pegawai Melayu dalam "Malay Civil Service" walaupun berjiwa Melayu yang  menyerap masuk nilai-nilai  Barat sebagai nilai baru, antaranya melalui cara penampilan, cara pergaulan, jenis perabot dan susun atau hiasan dalamannya, lanskap dan pemikiran yang sendeng Barat. Dari segi pemikiran, unsur-unsur pemodenan ke atas bangsa Melayu menggunakan kayu ukur pemodenan kaedah Barat. Dalam karya puisi  subjek yang sama mungkin juga dapat diteliti. Penggunaan  mitonimi sebagai bahasa kiasan untuk menjustifikasikan kesan bauran dan cantuman identiti dan budaya dalam puisi itu juga dapat diteliti. Mutakhir ini terdapat pandangan yang lebih terbuka dan radikal terhadap penggunaan istilah hibriditi, apabila bauran atau cantuman budaya itu tidak lagi dilihat sebagai kesan dan akibat penjajahan semata-mata tetapi kesan daripada  modernisasi, urbanisasi, sentralisasi dan globalisasi yang memungkinkan transmigrasi, percampuran dan bancuhan sesebuah budaya dan identiti itu menjadi dinamik sehingga membentuk identiti dan budaya baru yang unik. Banyak bahan rujukan yang saudara boleh teliti untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini, misalnya karya Homi Bhabha The Location of Culture ((1994)atau tulisan G.Yao Taxonomizing hybridity (2003).  Penjelasan lanjut juga boleh juga ssaudara peroleh dengan menghubungi tenaga pakar teori dan kritikan DBP iaitu  sdr. Mohamad Daud Mohamad di talian 03-21482536 atau 0133236724.

 

Salam takzim.

Lain-lain04.12.2010
Tuan, dalam ayat di bawah, kata sendi nama "akan" atau "kepada" lebih tepat digunakan? 1. Saya tidak faham akan/kepada maksudnya. 2. Saya tidak faham akan/kepada soalan ini. Dalam Tatabahasa Dewan, ditetapkan kata sendi nama "akan" digunakan di belakang kata adjektif perasaan seperti benci, berahi, cinta, sayang, dan kasih. Jelas dilihat bahawa "faham" bukan kata adjektif perasaan. Saya pun tidak mengetahui sama ada "faham" ialah kata kerja atau kata adjektif, tuan tolong beritahu saya apakah golongan kata bagi perkataan "faham". Jadi, kerana "faham" bukan kata adjektif perasaan, kata sendi nama "kepada" lebih sesuai, kan? Kata sendi nama "akan" hanya digunakan untuk kata adjektif perasaan, tetapi kata sendi nama "kepada" pula digunakan untuk menunjukkan sasaran, dan sasaran itu boleh berbentuk abstrak, tidak dapat dilihat. Oleh itu, saya berasa bahawa frasa yang betul ialah "faham kepada soalan/maksudnya". Apakah pandangan tuan pula?Berdasarkan Tatabahasa Dewan kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Dalam konteks ayat "Saya tidak faham akan/kepada maksudnya", Saudara perlu melihat aspek makna keseluruhan ayat ini. Saudara tidak boleh terus menjustifikasikan "faham" sebagai bukan kata adjektif perasaan atau "faham" sebagai kata kerja. Perkataan "faham" boleh merujuk sifat yang memahami. Maka, frasa yang dicadangkan ialah "Saya tidak faham akan maksudnya".Tatabahasa08.12.2014

Kembali ke atas