Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.bat.kan] | منوبتکن

Definisi : menaikkan ke atas takhta ke­rajaan, menjadikan raja, memahkotai, me­nabalkan: oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.bat.kan] | منوبتکن

Definisi : menjadikan raja; mena­balkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menobatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika kerajaan srivijaya menobatkan bahasa melayu, saya ingin tahu dalam dielek apakah lingua fraca pada abad itu? Kerana kita tahun semua bangsa dan etnik kelompo melayu juga menganggap dielek merekalah yang benar2 linguaa franca pada zaman srivijayaBahasa Melayu menjadi lingua franca  (bahasa perantaraan) daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dan orang-orang yang mendatang, seperti pedagang dari Eropah dan Asia Barat, dan pengembara dari India dan China. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penelitian dan penyelidikan kerana pertanyaan saudara memerlukan kajian mendalam. Saudara juga boleh mengunjungi mana-mana Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut.  Lain-lain17.06.2009
Sesuai atau tidak perkataan di "nobat" bagi mengiktiraf kemenangan.. bukankah nobat digunakan dalam istiadat kebesaran diraja melayu?Menobatkan bermaksud menaikkan ke atas takhta kerajaan, menjadikan raja, memahkotai, menabalkan. Perkataan nobat menerusi Kamus Dewan lebih tertumpu kepada istiadat diraja.Makna02.04.2007

Kembali ke atas