Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A.Yang mana betul? 1. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi sampah sarap. 2. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi oleh sampah sarap. 3. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi dengan sampah sarap. B. Terangkan penggunaan tanda sempang untuk kata ganda berentak yang menimbulkan kekeliruan. Contoh sampah sarap atau sampah-sarap pinggan mangkuk atau pinggan-mangkuk Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Sampah sarap ialah kata majmuk yang bermaksud pelbagai jenis sampah dan bukannya kata ganda.
Tatabahasa29.03.2013
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang jururawat menolak kerusi roda untuk pesakit kurang upaya. 2. Puan Sofea menolak kerusi roda yang dinaiki seorang pak cik.Ayat pertama betul. Ayat kedua dibaiki seperti berikut:

Puan Sofea menolak kerusi roda yang dinaiki oleh seorang pak cik.
Tatabahasa05.08.2013
Perbezaan antara perkataan menundakan dan menangguhkan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menundakan bermaksud 1. menolak atau menolakkan, mendorong, menyorong 2. (kiasan) meminta supaya melakukan (mengadakan dll) sesuatu, mendesak.  Menangguhkan pula bermaksud 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga)  2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll) 

Makna09.09.2011
Apakah status "cuba" dan "terus" dalam contoh ayat dibawah? 1. Ibu cuba menolak pintu itu dengan sekuat hati. 2. Adik terus berlari mendapatkan ayah yang pulang dari Bali. Adakah ia adalah kata adverba?Sekiranya adverba, adakah ia tergolong Kata Adverba Jati? Terima kasih.Kata cuba dan terus dalam kedua-dua ayat tersebut merupakan kata adverba jati yang menerangkan kata kerja dan frasa kerja.Tatabahasa07.04.2008
Bagaimanakah hendak perbetulkan ayat-ayat berikut : 1) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 2) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 4) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain.1) Murid-murid membaca buku cerita di perpustakaan dengan khusyuk.
2) Seorang murid menolak troli yang penuh berisi buku-buku cerita.
3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
4) Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.
Tatabahasa25.06.2012
1. Kita mesti membuang sampah ( ke / di ) dalam tong sampah. 2. Berpeluh-peluh Ali menolak motosikalnya yang rosak ketika ( mendaki / mengharung ) bukit yang tinggi itu. Apakah jawapan yang paling betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.

Saudara Gina,

jawapan yang betul ialah i. ke dalam tong sampah ii. mendaki bukit

Tatabahasa27.05.2010
kata berlawan 1.faedah 2.mahu 3.membantuKata lawan yang lazim digunakan bagi perkataan yang berikut ialah: 1. faedah - rugi, 2. mahu - enggan, 3. membantu - menolak (lepas tangan).Lain-lain24.10.2009
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk meletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang membawa warga tua menaiki kerusi roda. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang ada Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang membawa seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduk oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang menyorong seorang pesakit tua.1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk diletakkan di atas tilam.
2. Jururawat itu sedang menyorong warga tua yang menaiki kerusi roda itu.
3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang dinaiki oleh Pak cik Leng.
4. Seorang jururawat sedang menyorong seorang lelaki yang duduk di kerusi roda itu.
5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduki oleh pesakit itu.
6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang memimpin seorang pesakit tua.
Tatabahasa10.08.2013
Adakah ayat-ayat seperti berikut betul dari segi tatabahasa? 1) Murid-murid yang rajin bekerjasama membersihkan kawasan sekolah. 2) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 3) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 4) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 5) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain.Ayat-ayat yang diberikan tidak gramatis termasuklah pemilihan kata kerja, kata hubung dan kata sendi nama yang tidak tepat. Contohnya ayat pertama ayat ini perlu diubah menjadi "Murid-murid rajin bekerja membersihkan kawasan sekolah.

Tatabahasa20.06.2012
Assalamualaikum Pihak DBP, Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang manuskrip. 1. Macam mana saya hendak memastikan pihak DBP sudah menerima manuskrip saya? 2. Bolehkah seseorang penulis menghantar manuskrip kepada penerbit lain sekiranya penerbit yang terdahulu menolak manuskripnya?

Assalamualaikum Saudara,

                 Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan didaftarkan dulu di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Penerbitan (SPMP). Pendaftaran ini memerlukan nama penulis, alamat dan nombor kad pengenalan penulis. Oleh yang demikian, penyerahan manuskrip ini hendaklah disertakan maklumat yang berkenaan. Sebaik sahaja manuskrip ini didaftarkan, salinan surat pendaftarannya akan kami hantar kepada saudara berserta surat rasmi menyatakan tindakan kami selanjutnya. 

                  Saudara boleh menghantar manuskrip ini kepada penerbit lain untuk dipertimbangkan penerbitannya setelah manuskrip ini ditolak secara rasmi oleh DBP (atau mana-mana penerbit).  

 

Diharap saya menjawab pertanyaan saudara. TK 

                  

Lain-lain06.07.2010
123

Kembali ke atas