Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.long] | منولوڠ

Definisi : 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran, dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa gentar dan malu; aku tidak mem­punyai wang utk ~mu; sewaktu memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan: dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan penderitaan dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak dapat ~nya; menolongi nyawa mele­paskan diri drpd bahaya maut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.long] | منولوڠ

Definisi : 1 mem­bantu dgn wang, tenaga dll utk me­ringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. 2 melepaskan atau menyelamatkan seseorang atau sesuatu drpd bahaya: Dia yg ~ saya semasa berlaku kebakaran itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Puisi
 

Kalau ada gajah berjuang,
     Jemurlah beras di atas para;
Kalau ada Allah menolong,
     Siang malam barat utara.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Membasahkan garam sendiri.

Bermaksud :

Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sikap saling tolong-menolong....betulkah? Atau saling menolong??

Frasa yang betul ialah ‘tolong-menolong’ atau ‘saling menolong’. ‘Tolong-menolong’ ialah perbuatan bersalingan, maka tidak perlu lagi perkataan saling.

Tatabahasa13.05.2014
Salam. Ingin bertanya, adakah perkataan “saling” tidak boleh digunakan bersama “tolong-menolong” ?Saling bermaksud sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan.
Oleh itu, frasa yang betul ialah "tolong-menolong" atau "saling menolong"
Tatabahasa13.07.2023
apakah perbezaan antara tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dengan bertolong-tolongan?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dan bertolong-tolongan mempunyai maksud yang sama, iaitu saling menolong (memberikan bantuan dalam bentuk tenaga, wang, kepakaran dan sebagainya).Lain-lain02.10.2021
Abang menolong ayah memasang siku-siku di bilik saya. Apakah maksud siku-siku di dalam ayat di atas?Siku-siku ialah alat yang berbentuk berbentuk tiga segi (bersudut 90, 60 dan 30 atau bersudut 90, 45 dan 45).Makna14.11.2012
Adakah ayat ini betul ? Jika salah tolong betulkan. 1. Kita mesti rajin. Contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. 2. Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk.Ayat yang betul ialah: Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk.Tatabahasa16.07.2014
Dora suka menolong guru menghantar buku latihan ke pejabat. Betul tak ayat ini?Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa17.05.2015
Selamat petang, cikgu. Nak tanya apakah perbezaan antara empat perkataan ini? 1tolong-bertolong 2tolong-menolong 3bertolong-tolong 4bertolong-tolonganBerdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dan bertolong-tolongan mempunyai maksud yang sama, iaitu saling menolong (memberikan bantuan dalam bentuk tenaga, wang, kepakaran dan sebagainya). Oleh itu, perkataan-perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang bersesuaian dengan maknanya.Makna04.10.2021
1. Amin seorang yang murah hati dan suka menolong. 2. Amin seorang yang suka menolong dan murah hati. Adakah kedua-dua ayat ini boleh diterima...Menurut data kami, ayat di atas betul.Tatabahasa07.04.2020
adakah nilai murni baik hati hanya dikhususkan menolong orang lain sahaja? bolehkah ia digunakan untuk menolong ibu bapa.Nilai murni baik hati boleh dilihat dalam hubungan sesiapa sahaja termasuklah hubungan antara kita dengan kedua-dua ibu bapa.Lain-lain19.10.2012
Adakah ayat ini gramatis? *Ketua kampung berjanji akan menolong kami.Ayat tersebut tidak gramatis, yang gramatis ialah 'Ketua kampung berjanji menolong kami'.Tatabahasa27.12.2010
1234567

Kembali ke atas