DiGi - Untuk Yang Suka Menonjol Iklan seperti dilampirkan. Terima Kasih. | Iklan perlu dikemukakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my Layari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuik mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengaktifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik Aktif. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. Pilih dan isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. | Lain-lain | 25.07.2011 |
Adakah perkataan "Prominen" wujud dalam Bahasa Malaysia. | Perkataan prominen tidak ada dalam bahasa Melayu. Jika perkataan tersebut padanan daripada perkataan prominence, terjemahan yang betul ialah terkenal, menonjol dan prominens. Walau bagaimanapun istilah prominens hanya digunakan dalam bidang Linguistik. | Istilah | 01.08.2012 |
Selamat pagi. Apakah cara menulis rujukan dalam ayat di bawah adalah betul? Terima kasih. "Melalui karya-karya ini, beliau mendalami jiwa penulis, dan akhirnya melahirkan gambaran personaliti penulis yang hidup dan segar.” (Lihat: Wen Rumin, Qita Jiwen Tese Pipingjia (Pengkritik-pengkritik yang Menonjol’ dalam Zhongguo Xiandai Wenxue Pipingshi (Sejarah Kritikan terhadap Kesusasteraan China Moden), Bab 11, Peking University Press, 1933). | Cara menulis rujukan mengikut Gaya Dewan ialah seperti berikut: "Melalui karya-karya ini, beliau mendalami jiwa penulis, dan akhirnya melahirkan gambaran personaliti penulis yang hidup dan segar.” Wen Rumin, Qita Jiwen Tese Pipingjia, 1933. "Pengkritik-pengkritik yang Menonjol" dalam Zhongguo Xiandai Wenxue Pipingshi (Sejarah Kritikan terhadap Kesusasteraan China Moden. China: Peking University Press. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat perbezaan mengikut gaya penerbitan lain. | Lain-lain | 25.03.2020 |
Ada tak ejaan dalam bahasa malaysia bagi perkataan 'prominence' | Istilah "prominens" digunakan dalam bidang tertentu seperti Veterinar, Perubatan, Fizisk, Biologi dan Linguistik. Dalam konteks umum, padanan bahasa Melayu untuk "prominence" ialah terkenal, penting dan menonjol. | Istilah | 03.11.2016 |
apakah perbezaan maksud antara 'tertonjol' dengan 'terserlah'? satu soalan lagi, apakah perbezaan maksud antara 'dipersendakan' dengan 'dipermainkan'? | Pebezaan maksud: 1. tertonjol = teranjur, tersembul; cnotoh: Perutnya kelihatan tertonjol. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 2. terserlah = kelihatan berseri (berkenaan kecantikan dll.); kelihatan nyata berscahaya (bkn. bulan dll.); Kecantikannya terserlah selepas disolek oleh mak andam. 2. Kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn. bakat dll.); Kebolehannya terserlah dlm. persembahan yang menarik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). 3. dipermainkan/dipersendakan= mempunyai maksud yang sama. | Istilah | 10.06.2014 |
Mohon bantuan untuk perkataan 'salient beliefs' dalam BM. Contoh ayat : An attitude toward a behavior is recognized as a person’s positive or negative evaluation of a relevant behavior and is composed of a person’s salient beliefs regarding the perceived outcomes of performing a behavior. Terima kasih | "Salient beliefs" mengikut contoh yang diberikan dalam padanan ayat ialah ciri-ciri yang menonjol pada seseorang. Namun perkara ini bergantung kepada bidang yang hendak disampaikan dalam sesuatu ayat mengikut kepakaran masing-masing. Terima kasih. | Makna | 12.07.2017 |