Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.non.ton] | منونتون

Definisi : menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.non.ton] | منونتون

Definisi : melihat atau me­­­­­nengok sesuatu pertunjukan (wa­yang gambar dll): Selepas makan ma­lam, kami pergi ~ di panggung Rex. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tonton
Kata Terbitan : menonton, mempertontonkan, menontonkan, penonton,

Peribahasa

288

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul seperti sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Masa untuk menonton atau waktu untuk menonton?Kedua-dua frasa “masa untuk menonton” dan “waktu untuk menonton” adalah betul. Tatabahasa01.12.2023
1.bermain mainan , bermain permainan , bermain alat permainan, atau bermain alat mainan? 2. menonton televisyen atau menonton rancangan televisyen? 3. Kakak menonton rancangan televisyen di ruang tamu dengan khusyuk. ayat ini betul tak?

Mengikut data kami, frasa  1.bermain mainan , bermain permainan , bermain alat permainan, atau bermain alat mainan adalah betul dan penggunaanya  mengikut konteks ayat. Ayat yang gramatis ialah menonton rancangan televisyen. Frasa kakak menonton rancangan televisyen di ruang tamu dengan khusyuk adalah betul.
Lain-lain09.02.2017
Adakah ketiga-tiga ayat ini boleh diterima? 1)Adik menonton kartun. 2) Adik menonton animasi kartun. 3) Adik menonton rancangan kartun.

Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul.

Tatabahasa13.09.2023
1. meniup api lilin Adakah frasa ini betul? 2. menonton televisyen atau menonton rancangan televisyen Yang mana satu lebih gramatis dari segi tatabahasa?
Ayat yang gramatis ialah:
i)  menonton rancangan televisyen
ii) meniup api lilin
Tatabahasa23.01.2018
Selepas menonton atau Lepas menontonKedua-duanya boleh digunakan untuk konteks ayat ini. "Selepas" adalah kata terbitan daripada perkataan "lepas" yang membawa maksud sesudah, atau setelah sudah atau setelah selesai.  "Lepas" biasanya digunakan untuk bahasa percakapan.Tatabahasa12.03.2014
menonton televisyen bersama dengan keluarga. menonton televisyen bersama-sama dengan keluarga. ayat yang manakah betul? teeima kasihAyat yang betul ialah menonton televisyen bersama-sama dengan keluarga.Tatabahasa19.03.2019
Kami menonton televisyen sehingga larut malam. sehingga atau hingga- mana yang betul'Sehingga' dan 'hingga' dalam contoh ayat tersebut boleh digunakan kerana kedua-duanya menunjukkan sampai ke atau had.Tatabahasa30.04.2008
1. Adik jatuh sakit ,kerana keracunan makanan. / Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen ,sambil meminum air. / Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu ,lalu memasuki kelas. / Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas.Ayat/tanda baca yang betul; 1. Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan.  2. Abang menonton televisyen sambil meminum air.  3. Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. Tatabahasa15.03.2010
Saya menonton Prime Video dalam TV. Adakah ayat ini betul?

Ayat yang sesuai ialah “Saya menonton Prime Video melalui TV. “

Tatabahasa09.01.2025
Saya dengan ibu dan bapa menonton televisyen. Ayat ini betul tak???Ayat yang lebih tepat ialah "Saya, ibu dan ayah menonton televisyen".
Tatabahasa19.03.2015
12345

Kembali ke atas