Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.sya.rat.kan] | منشرطکن

Definisi : menuntut (meminta) sbg syarat, mengenakan syarat, menjadikan (sbg) syarat: PBB telah ~ bahawa negara anggota yg tidak membayar hutang sampai tiga tahun dgn sendirinya akan gugur haknya utk mengundi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.sya.rat.kan] | منشرطکن

Definisi : menjadikan sesuatu sbg syarat; mem­berikan (mengenakan) syarat: Kerajaan ~ supaya semua pengusaha mengambil pekerja dr segala kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mensyaratkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menurut tatacara pembentukan kata terbitan yang kata dasarnya bermula dengan deretan huruf “sy”, imbuhan yang terlibat antaranya “men-“, “men-…-kan”, “pen-“, dan “peN-…-kan” untuk membentuk kata seperti “mensyampu”, “mensyaratkan”, “pensyarah”, dan “persyarikatan”. Namun, didapati tatacara ini tidak dipatuhi sepenuhnya bagi kata dasar “syair”; kata terbitan yang dirakamkan dalam Kamus Dewan Ke-4 (KD4) antara lain; “mensyairkan”, “pensyair”, “penyair”, “kepenyairan”. Hanya dua kata terbitan pertama sahaja menurut tatacara tersebut, sementara yang lain nampaknya kekecualian. Persoalannya, adakah kata terbitan yang tidak/belum dirakamkan dalam KD4, iaitu “menyair”, dan “kepensyairan” dapat gunakan? Mungkin “menyair” diterbitkan dengan asas bahawa kata ini berupa kekecualian sebagaimana “kepenyairan”, manakala “kepensyairan” pula diterbitkan dengan asas bahawa pengimbuhan inilah yang menurut tatacara sebenar. Sudah tentu yang lama boleh dikekalkan supaya terdapat pilihan, sama ada “menyair” atau “mensyair”, dan “kepenyairan” atau “kepensyairan”, sebagaimana ada pilihan bagi kata terbitan “jawaban” atau “jawapan”, “pelibatan” atau “penglibatan”, “pembelajaran atau pemelajaran” dsb. Pada pendapat saya, supaya “pensyair” dapat digunakan dengan “rasa baku” berbanding “penyair”, kata terbitan “kepensyairan” juga harus wujud dalam Kamus Dewan Keempat. Sekian. Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia BerhadSeperti yang tuan maklumi kata penyair dan kepenyairan ialah kekecualian dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Merujuk pangkalan data kami tidak ada contoh penggunaan perkataan kepensyairan dan ada satu contoh penggunaan menyair oleh penerbit bukan DBP. Cadangan tuan agar kata menyair dan kepensyairan diamasukkan dalam entri kamus yang akan diterbitkan akan kami kemukakan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Bahagian Perkamusan. Hal ini akan ditangani oleh Bahagian Perkamusan, sama ada menerima cadangan tuan atau sebaliknya perlu ada justifikasi yang mewajarkannya.Istilah27.11.2012
Dimana boleh saya dapat garis panduan untuk buat rujukan bila membuat iklan papan tanda. Spesifikasi kegunaan tulisan bahasa dan tulisan Inggeris dalam papan tanda iklan? Seperti size tulisan, gambar yang boleh digunakan etc.Garis panduan atau Undang-undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang boleh diperoleh di Jabatan Pelesenan, DBKL. Untuk makluman awal dalam mana-mana undang-undang kecil iklan mensyaratkan iklan mestilah dalam bbahasa kebangsaan dan jika ada bahasa-bahasa lain, bahasa kebangsaan hendaklah diutamakan.Lain-lain20.09.2013
Apakah langkah-langkah mengatasi masalah bahasa? (seperti bahasa rojak)Penggunaan bahasa yang baik dan santun hanya dapat dibudayakan melalui pendidikan. Semua pihak perlu menjadikan pendidikan sbg wadah utk membina sahsiah generasi kita termasuk dalam soal penggunaan bahasa kecintaan kepada bahasa warisan bangsa. Kedua, penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib untuk memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pd papan tandam nama jaln, tempat banguna dsb. Dalam bidang penyiaran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mesti dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swaasta dan kerajaan. Untuk maklumat lanjut silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Makna09.10.2006
1. Bagaimanakah membezakan penggunaan kata hubung tetapi dan manakala. 2. Antara ayat yang berikut, yang manakah betul penggunaan kata hubung tetapi dan manakala? a. Abu suka makan roti canai tetapi saya suka makan piza. b. Abu suka makan roti canai manakala saya suka makan piza. 3. Ada pendapat yang menyatakan kata hubung tetapi digunakan untuk pelaku yang sama sahaja. Contohnya: a. Budak itu pandai tetapi pemalas. b. Dia pemarah tetapi hatinya baik Adakah pendapat ini betul?

1. Perkataan tetapi digunakan untuk me­nyata­kan hal yang berlawanan atau bertentangan, seperti ayat: Budak itu pandai tetapi malas. Perkataan manakala pula membawa banyak maksud, iaitu 1. apabila, bilamana; 2. tetapi; dan 3. sedangkan. Perkataan manakala boleh dibezakan apabila membawa maksud pertama dan ketiga.

2. a. Abu suka makan roti canai tetapi saya suka makan piza. b. Abu suka makan roti canai manakala saya suka makan piza. - kedua-dua ayat ini betul

3. Perkataan tetapi digunakan untuk menyatakan hal yang berlawanan dalam ayat majmuk gabungan. Tidak ada maklumat dalam buku Tatabahasa Dewan mensyaratkan hal yang berlawanan itu digunakan untuk pelaku yang sama. b. Dia pemarah tetapi hatinya baik - dari aspek tatabahasanya ayat ini adalah betul, tetapi kurang tepat dari aspek makna.

Tatabahasa12.05.2011

Kembali ke atas