| Assalamualaikum apakah perbezaan antara mengurus dan mentadbir. saya telah mnyemak makna perkataan urus dan tadbir namum masih gagal melihat perbezaan terima kasih | Dalam konteks pentadbiran, mengurus bermaksud menyelenggarakan supaya berjalan dengan baik. Mentadbir bermaksud membuat kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat dan sebagainya. Berdasarkan maksud yang tersebut, mengurus menjadi sebahagian daripada fungsi mentadbir; manakala mentadbir boleh bermaksud mengurus dan mengawal. | Tatabahasa | 13.05.2015 |
| daripada zaihana. 1) ape maksud mentadbir sesuatu organisasi 2) | Mentadbir ialah urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas menguruskan sesuatu, pemerintahan. Organisasi pula ialah kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan. | Makna | 23.11.2009 |
| 1)tadbir 2)kawal selia | 1)mentadbir 2)mengawal selia/pengawalseliaan | Istilah | 19.01.2011 |
| Assalamualaikum. Saya ingin mencari perkataan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan "Project Management Office (PMO)". Dalam erti kata ayat. Syarikat A mengurus, mentadbir dan menjalankan perniagaan untuk Syarikat B. Oleh itu Syarikat A adalah PMO kepada Syarikat B. | Terjemahan yang sesuai bagi Project Management Office (PMO) ialah Pejabat Pengurusan Projek | Makna | 20.03.2017 |
| Apakah maksud pentadbiran? saya memerlukan riwayat hidup sultan kedah... sultan abdul halim, sultan badlishah dan sultan abdul hamid... | Sdr. Pentadbiran mengikut definisi Kamus Dewan adalah ...' perbuatan mentadbir, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan". Sultan Abdul Hamid Halim Syah adalah Sultan Kedah ke 25 (1882-1943), Sultan Badlishah adalah Sultan Kedah ke 27 (1943-1958) dan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Syah adalah Sultan Kedah ke 28 (1958-). Biodata duli tuanku boleh dirujuk dalam Ensiklopedia Sejarah, Kebudayaan Melayu terbitan DBP. | Lain-lain | 22.08.2008 |
| Hal ini bermakna, yg betulnya ialah memerdaya, menadbir, dan sebagainya. JIka salah, mengapa pula demikian? | Kata daya apabila mendapat imbuhan menjadi berdaya, memperdaya, mendayai Tidak ada bentuk memerdaya. Tadbir apabila menerima imbuhan meN menjadi mentadbir. Huruf t dalam kata tadbir tidak gugur apabila mendapat imbuhan meN. | Tatabahasa | 05.10.2007 |
| Syawal Aiman 10.04 PAGI Assalam admin, nak bertanya Apakah beza perkataan 'majlis' dan 'istiadat'? | Perbezaan Majlis dan Istiadat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi Majlis ialah: 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat peraturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (perjumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. Manakala Istiadat pula ialah 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara). | Makna | 24.08.2017 |
| Apakah perbezaan penggunaan istilah "Majlis "dan "Persatuan" ?Kekeliruan ini timbul sekiranya ingin mewujudkan satu-satu organisasi di peringkat daerah ? Contoh, Majlis Guru-Guru Besar atau Persatuan Guru-guru Besar . | Majlis bermaksud badan yang dilantik atau dipilih, yang mempunyai kuasa mentadbir, membuat peraturan dan menasihat, manakala persatuan bermaksud kumpulan beberapa orang, pasukan dan sebagainya yang mempunyai tujuan yang sama. Organisasi yang melibatkan kuasa pentadbiran kebiasaaannya dinamakan majlis. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.03.2020 |
| Merealisasi atau merealisasikan? Tolong berikan contoh apabila me...(diakhiri dengan) kan dan me... tidak diakhiri dengan kan seperti menyepak bola dan alasan kenapa ia begitu. Ada di diakhiri dengan kan ada yang tidak, tolong jelaskan. | Merealisasi atau merealisasikan , keduanya-duanya boleh digunakan. Terdapat sebilangan kecil kata yang menerima apitan meN-…-kan dan meN…-i, penggunaanya silih berganti tanpa membezakan makna, contohnya: Ali sedang membaiki/membaikkan keretanya yang rosak. Kami masih dalam proses merealisasi/merealisasikan cita-cita kami. Perkataan merealisasi sebenarnya terdiri daripada kata dasar realisasi yang menerima apitan meN-…-i (merealisasii) tetapi telah digugurkan satu i. Kata kerja boleh dihasilkan dengan proses pengimbuhan sama ada imbuhan awalan , akhiran, apitan dan sisipan. Kata kerja yang terbentuk daripada imbuhan awalan meN- (variasinya: me-, mem-, men-, meng-) menerbitkan dua makna: 1) melakukan perbuatan atau 2) menyatakan keadaan. Bagi makna melakukan perbuatan dipecahkan kepada lima maksud iaitu i) melakukan sesuatu , contohnya: merayu, membuka, mentadbir, mengheret, menjahit (Emak menjahit baju). ii) mengeluarkan suara, contohnya: mengaum, mengiau; iii) membuang, contohnya: merumput; iv) menuju sasaran, contohnya: menepi, mendarat; v) menjadi seperti atau menyerupai sesuatu, contohnya: membusut. Bagi makna menyatakan keadaan dipecahkan kepada dua iaitu i) hidup sebagai, contohnya: membujang, menjanda; ii) menjadi, contohnya: memanjang. Kata kerja yang terbentuk daripada apitan meN …kan menghasilkan maksud : i) membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, contohnya: Dia merundingkan hal itu tadi. ii) kausatif atau menyebabkan, contohnya: Aril memanjangkan bacaan doanya. iii) manfaat, contohnya: Emak menjahitkan adik baju kurung. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 143 – 223. | Tatabahasa | 18.05.2011 |