Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.tah.men.tah] | منته٢

Definisi : 1. tidak dimasak atau di­rebus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulat­bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.tah.men.tah] | منته٢

Definisi : 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mentah (adjektif)
1. Bersinonim dengan belum masak: basah, segar, baru liat, keras,
Berantonim dengan masak

2. Bersinonim dengan belum diproses: belum diolah, belum ditapis, semula jadi,

3. Bersinonim dengan belum dewasa: belum matang, masih muda, masih remaja, belum sempurna akal, hijau,
Berantonim dengan matang

Kata Terbitan : mentah-mentah,

Puisi
 

Bismillah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah memulakan nyanyi,
     Nyanyi salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pinangan Irfan ditolak____ oleh keluarga Irma kerana Irfan tidak berkelulusan tinggi dalam pelajaran. A bulat-bulat B mentah-mentah (munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai? TK)Mentah-mentahTatabahasa07.03.2013
Munsyi, Pendapat yang disampaikan oleh remaja itu agak mentah dan sukar diterima. (adakah mentah sesuai digunakan? jika tidak, apakah istilah yang sesuai digunakan? TK) Suhu di dalam bilik komputer ini sungguh beku. (adakah beku salah dan wajar digantikan dengan apa?) TK banyakAntara maksud mentah ialah belum sempurna akal, fikiran dan sebagainya. Perkataan mentah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Begitu juga dengan perkataan beku tidak sesuai digunakan dalam kontek ayat tersebut. Suhu lazimnya dikaitkan dengan panas atau sejuk. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang sesuai dengan konteks ayat yang digunakan.
Tatabahasa21.07.2012
1. "yang" digunakan sabagai kata hubung pancangan relatif, selain digunakan dalam ayat majmuk, bolehkah "yang" digunakan dalam ayat tunggal seperti saya tidak suka makan makanan yang mentah. 2. kuih itu rasanya manis, kuih itu manis rasanya. manakah betul? apakah golongan kata "rasanya"? terima kasih.1. Ayat "Saya suka makan makanan yang mentah." adalah betul.
2. Ayat yang betul ialah "Kuih itu rasanya manis."
3. "Rasanya" ialah kata tugas
Tatabahasa09.10.2013
1. Mohon pengesahan penggunaan perkataan 'daripada' berdasarkan ayat dibawah sama ada sesuai atau sebaliknya: Kurang 'daripada' tiga peratus 'daripada' air mentah yang wujud di muka bumi boleh didapati di tasik dan sungai manakala lebih 97 peratus adalah 'daripada' air bawah tanah. 2. Mohon pengesahan penggunaan perkataan 'dari' dan 'diperoleh' berdasarkan ayat dibawah sama ada sesuai atau sebaliknya: Sumber air mentah di negara kita kebanyakannya 'diperoleh' 'dari' sungai, empangan dan air bawah tanah. Semoga saya mendapatkan bantuan segera dari pihak tuan/puan. Terima kasih atas respon yang diberikan.Kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuat benda, dan perbezaan atau perbandingan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 269 untuk keterangan lanjut. Daripada contoh di atas penggunaan yang betul ialah "daripada" kecuali perkataan "diperoleh dari" sepatutnya "diperoleh daripada" kerana menunjukkan sumber.Tatabahasa08.01.2010
1.Adik sangat sukakan kucing itu.(Adakah ayat itu salah_) 2.Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah.(Adakah ayat itu salah) 3.Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas.(Apkah kesalahannya) 4. Apakah perbezaan "mengajarkan" dan ' mengajar" 5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim.(Apakah kesalahannya) 6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar.(apakah kesalahannya) 7. Dia menyayangi anaknya.(adakah ayat itu salah) 8. Apakah perbezaan "merindui" dan merindukan Ribuan terima kasih.1. Adik sangat sukakan kucing itu. - salah, imbuhan kan di situ untuk ayat perintah seperti bukakan pintu itu.  2. Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah. - betul, suka dalam ayat ini berfungsi sebaai kata bantu.  3. Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas. - salah, perkatan jarang  bermaksud tidak kedap tenunannya.  4. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu kepada seseorang; ia menajarkan cara-cara mengendalikan mesin tersebut, manakala "mengajar" bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain.   5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim. - tidak salah.  6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar. - tidak salah  7. Dia menyayangi anaknya. - tidak salah.  8. Merindui bermaksud  mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu, manakala merindukan bermaksud  membangkitkan rasa rindu.Tatabahasa07.10.2009
antara berikut yang manakah bersifat akronim? (a)Mentah (b)Langkah (c)Hemat (d)Bukit

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. 

Tatabahasa04.04.2010
Salam Sejahtera, Apakah perkataan yang sepatutnya digunakan bagi melengkapkan ayat berikut:- "Penggunaan bahan mentah ini adalah bagi _________ telefon bimbit." a) Menghasilkan b) Mengeluarkan c) Mengilang d) Membuat Sila ambil maklum bahawa aktiviti pengeluaran syarikat ini adalah melibatkan proses pengilangan. Terima KasihMerujuk Kamus Dewan, keempat-empat pilihan jawapan yang diberikan boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut kerana menghasilkan sama maksudnya dengan mengeluarkan dan mengilang sama maksudnya dengan membuat serta mengeluarkan.Tatabahasa08.12.2011
maksud setahun jagung? apa yang di maksudkan dengan setahun dalam pribahasa tersebut?Maksud peribahasa ini ialah masih mentah.Makna02.09.2008
1) Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 adalah dirujuk atau Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk -Adakah penggunaan perkataan adalah di atas betul?Mana satu ayat yang betul?Ayat yang pertama atau kedua? 2)Buah rambutan itu masuh mentah/muda. -Yang mana satu perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat di atas?mentah/muda? 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu __________kerana kekurangan baja. -Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di atas?renek/kerdil?Berikut merupakan ayat yang telah dipinda menggunakan tatabahasa yang betul.

1) Dengan hormatnya, surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk.

2) Buah rambutan itu masih muda.
 
3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu kerdil kerana kekurangan baja.
Tatabahasa05.03.2013
maksud jenayah juvana, peraturan, komuniti, undang-undang dan akta mahkamah juvana 1974 daripada kamus dewan.Juvenil ialah anak muda yang belum matang (mentah), atau yang lazim disebut ialah budak-budak. Oleh itu jenayah juvana merujuk perbuatan jenayah yang pelakunya terdiri daripada kalangan anak muda yang belum matang. Peraturan bermaksud segala yang telah ditentukan (ditetapkan dan lain-lain) dan harus diturut atau dipatuhi. Komuniti bermaksud kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara. Undang-undang bermaksud sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Akta mahkamah juvana 1974 tidak membawa maksud lain selain daripada aktabtersebut.Makna13.05.2009
12

Kembali ke atas