Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.té.ga] | منتيݢ

Definisi : (mentéga) pepejal lemak berwarna kuning pucat yg diperbuat drpd krim, boleh dimakan dgn roti, digunakan dlm masakan, dsb; mementegai 1. menyapu mentega (ke atas roti dll); 2. bp memberi yg elok-elok (utk mengambil hati dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.té.ga] | منتيݢ

Definisi : (mentéga); buah ~ sj tumbuhan (pokok kecil), buah saklat, Diospyros dis-color. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.té.ga] | منتيݢ

Definisi : /mentéga/ bahan makanan berlemak yg dibuat drpd susu. mementegai menyapu (roti, biskut dll) dgn mentega. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mentega


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syarikat kami menghasilkan mentega dan lepa susu. Pegawai daripada pejabat kesihatan memberitahu kami bahawa perkatan 'lepa susu' tidak sesuai digunakan dalam label sebab sumber bahan mentah bukannya semua daripada haiwan. Kami ingin tahu apa lagi perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan istilah 'lepa susu istimewa' yang dapat menterjemahkan perkataan ' luxury spread'. Harap pihak tuan dapat menolong kami untuk mendapat jawapan. Sekian, terima kasih.Cadangan kami ialah sapuan istimewa.Istilah12.09.2008
clarified butter for cooking + bakingmentega jernihan untuk memasak dan membakarLain-lain02.04.2007
Saya sertakan fail di bawah bagi semakan istilah-istilah Bahasa Melayu yang saya gunakan untuk senarai bahan-bahan.Berikut terjemahan yang betul:
Bahan:  Tepung Gandum, Lelemak Sayuran, Gula, Oat, Tepung Susu, Ubi, Biji Bunga Matahari, Halia, Garam, Sodium Bikarbonat, Ammonia Bikarbonat, Pengimulsi, Serbuk Kayu Manis, Mentega Vanila.
Ingredients: Wheat Flour, Vegetable Shortening, Sugar, Oats, Milk Powder, Tapioca, Sunflower Seed, Ginger, Salt, Sodium Bicarbonate, Ammonium Bicarbonate, Emulsifier, Cinnamon Powder, Butter Vanilla. 
Untuk padanan istilah yang lain, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Sila layari http://prpm.dbp.gov.my  dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".
Istilah05.06.2014

Kembali ke atas