Ingin tahu ejaan yang betul mantera atau mentera? Bagaimana sebutannya? man-te(pepet @taling?)-ra atau men-te(pepet@taling?)-ra. | Ejaan yang betul ialah mantera. Sebutan yang betul ialah e pepet, man.te.ra. | Tatabahasa | 13.10.2013 |
saya ingin mengetahui huraian tentang perkataan di bawah dari mana berasal.asal usul dan apa saja yang berkaitan dengannya secara jelas dan lengkap.perkataannya ialah 1.PANTUN 2.SYAIR 3.GURINDAM, 4. SELOKA 5.MENTERA 6.TEROMBA 7.NAZAM. | Mengikut Kamus Dewan makna perkataan-perkatan berikut ialah: 1) Pantun - sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); 2) Syair - sj karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya); 3) Gurindam - sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran); 4) Seloka - sj puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll); 5) Mentera - kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; 6) Teromba - sejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan, tambo, riwayat. 7) Nazam -Ar sj gubahan puisi (spt sajak, syair). Untuk mengetahui makna setiap perkataan itu dengan lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau IPTA. | Lain-lain | 03.12.2007 |
SAYA HENDAK MENCARI MALKUMAT YANG BERKAITAN TENTANG FUNGSI BAHASA MELAYU DAN PERBEZAANNYA,PENGGUNAAN LARAS BAHASA DAN WACANA DAN BEBERAPA CONTOH NAZAM(PUISI LAMA),JAMPI DAN MENTERA. TERIMA KASIH | Fungsi utama bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan negara ialah sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Selain sebagai alat komunikasi, bahasa Melayu berfungsi sebagai alat perpaduan; menyatukan rakyat berbilang kaum. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku-buku yang berkaitan. Sila rujuk juga buku atau tulisan lain tentang Sastera tradisional untuk melihat laras bahasa dan wacana yang saudara maksudkan di dalamnya. Terima kasih. | Lain-lain | 01.11.2008 |
apakah perbezaan maksud diantara sastera moden dan sastera tradisional? | Perbezaan maksud antara sastera moden dan sastera tradisional ialah sastera moden mengandungi karya meliputi genre novel, cerpen, puisi, drama dan esei/kritikan. Sastera tradisional pula terbahagi kepada sastera lisan dan sastera tulisan. Sastera lisan mengandungi sastera rakyat yan terbahagi kepada prosa (cerita lipur lara, jenaka, teladan, binatang, mitos dan legenda) dan puisi (pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, teromba, peribahasa dan dikir/mentera). Sastera tulisan pula mengandungi sastera hikayat, sastera panji, sastera epik sastera sejarah, cerita nabi-nabi, sastera kitab dan sastera undang-undang. Sekian dan salam. | Lain-lain | 09.07.2009 |