Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong kepada DBP untuk menterjemahkan: 1. A kernel of corn 2. A grain of wheat | Untuk makluman tidak terdapat istilah bahasa Melayu untuk perkataan yang dikemukakan. Berdasarakan rujukan dalam internet, "a kernel of corn" dan "a grain of wheat" merujuk kepada biji jagung dan biji gandum. Sekiranya tidak bertepatan dengan keperluan tuan, sila berikan konteks penggunaan atau contoh ayat untuk rujukan kami. | Istilah | 26.07.2016 |
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. PEMBEKAL PERALATAN INDUSTRI 2. KEJURUTERAAN & PEMBEKAL INDUSTRI | Ejaan jawi bagi PEMBEKAL PERALATAN INDUSTRI ialah ڤمبکل ڤرالتن ايندوستري Ejaan jawi bagi KEJURUTERAAN DAN PEMBEKAL INDUSTRI ialah کجوروتراءن دان ڤمبکل ايندوستري | Ejaan | 10.12.2019 |
Salam hormat, Mohon bantuan untuk menterjemahkan seperti berikut: 1) Entry Stamp (berkaitan dengan pasport) Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "entry stamp" ialah cap masuk. | Istilah | 17.06.2016 |
apakah terjemahan yang paling tepat dan sesuai untuk terma perbankan 1. "revolving trade facility" . Saya pernah cuba menterjemahkan ia kepada "fasiliti dagangan pusingan" tetapi khuatir ia susah difahami. Apakah alternatif terjemahan lain yang boleh saya cuba supaya ianya mudah difahami awam. 2. "Joint and Several Guarantee" Sebelum ini saya telah menterjemahkan ia kepada "Jaminan Bersama dan Berasingan" tetapi ada pihak yang berpendapat ianya terjemahan yang tidak tepat untuk terma berikut. 3. "Recourse" - contoh ayat "You are required to bear all GST charges incurred on any expenses, fees or recourse in respect of this product" di dalam hal ini, adakah tepat untuk saya menterjemahkan ia kepada fi dan rekursa? | Yang berikut padanan bahasa Melayu: 1. Revolving trade faciliti = Kemudahan Pusingan Perdagangan 2. Joint and several Guarantee = Jaminan Bersama dan Berasingan 3. recourse = Rekursa | Penyemakan dan penterjemahan | 15.06.2016 |
tolong menterjemahkan ke bahasa malaysia 1)hydrolyzed gelatin 2)dietary fibre 3)contains edible gelatin from beef which derive only from cattle. 4)contains edible gelatin from beef | 1. gelatin terhidrolisis 2. serabut diet 3. mengandungi gelatin boleh dimakan daripada daging lembu 4. mengandungi gelatin boleh dimakan daripada daging lembu | Lain-lain | 18.01.2008 |
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA KERETA 2. PUSAT PENJUAL ALAT-ALAT GANTI, SERVIS LORI DAN BAS 3. PUSAT MENJUAL DAN SERVIS LORI 4. TADIKA TERIMA KASIH. | 1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA KERETA = ڤوست ممبأيقي ڤڽامن اودارا كريتا 2. PUSAT SERVIS DAN PENJUAL ALAT GANTI LORI DAN BAS = ڤوست سرۏيس دان ڤنجوال الت ڬنتي لوري دان بس 3. PUSAT SERVIS DAN PENJUAL LORI = ڤوست سرۏيس دان ڤنجوال لوري 4. TADIKA = تاديكا | Lain-lain | 10.12.2019 |
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM 2. SYARIKAT LOGAM 3. GERAI MAKANAN 4. GERAI MINUMAN 5. PUSAT KECANTIKAN HAIWAN PELIHARAAN 6. MENJUAL DAN MEMASANG ALAT-ALAT 'AUTO GATE' DAN ALAT-ALAT KESELAMATAN PAKAR SYSTEM KESELAMATAN 7. PAKAR SYSTEM SEKURITI 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA 9. BILIK PAMERAN 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRIAL Terima Kasih. | Ayat dan ejaan jawi yang betul ialah: 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM - منجوال بارڠن لوݢم 2. SYARIKAT LOGAM - شريکت لوݢم 3. GERAI MAKANAN - ݢراي ماکنن 4. GERAI MINUMAN - ݢراي مينومن 5. PUSAT PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN - ڤوست ڤنجاݢاءن حيوان ڤليهاراءن 6. MENJUAL DAN MEMASANG PAGAR AUTOMATIK DAN ALAT KESELAMATAN - منجوال دان مماسڠ ڤاݢر اءوتوماتيک دان الت کسلامتن 7. PAKAR SISTEM SEKURITI - ڤاکر سيستم سيکوريتي 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA - ڤمبکل چرمين کريتا 9. BILIK PAMERAN - بيليق ڤاميرن 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRI - ڤمبکل ݢس ايندوستري | Ejaan | 02.12.2019 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk menterjemahkan perkataan-perkataan seperti di bawah: 1) sedentary behaviour 2) cancer survivor 3) survivorship 4) health related quality of life (HRQoL) 5) moderate to vigorous physical activity (MVPA) | DBP menyediakan perkhidmatan menyemak hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sdr. boleh menterjemahkan dahulu perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan menghantarkannya kepada kami untuk semakan terjemahan.1"> | Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2018 |
selamat sejahtera, saya mohon bantuan tuan menterjemahkan perkataan berikut: 1. antecedent factor 2. moderating variable 3. mediating variable 4. stakeholder theory 5. strategic capabilities terima kasih | 1. antecedent factor - faktor sebelumnya/faktor luar jangka/faktor antesedan 2. moderating variable - pemboleh ubah sederhana 3. mediating variable - pemboleh ubah perantaraan 4. stakeholder theory - teori pelbagai kepentingan 5. strategic capabilities - kemampuan strategi Untuk makluman, istilah nombor 1. dan 2. ialah cadangan pihak kami kerana belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk kedua-dua istilah tersebut. | Istilah | 21.02.2013 |
Mohon bantuan menterjemahkan istilah baru seperti berikut: (1) Blogger, (2) tweet, dan tweeting. | Istilah bahasa Melayu untuk blogger ialah pemblog. Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk tweet dan tweeting. Cadangan kami ialah berbual atau bersembang. | Istilah | 11.06.2012 |