| Salam sejahtera. Apakah terjemahan lebih sesuai bagi "mentholated cigarette", sama ada rokok bermentol atau rokok berperisa mentol? Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi istilah "mentholated cigarette" ialah rokok berperisa mentol | Makna | 26.09.2016 |
| Assalamualaikum. Soalan, apakah terjemahan flash light dalam Bahasa Melayu? Flash light ini ada digunakan dalam buku berkaitan kejuruteraan. Terima kasih | Menurut Kamus Sosiologi maksud flash light ialah mentol denyar yang bermaksud mentol yang menyala beberapa saat untuk memberikan fluks cahaya yang mencukupi semasa mengambil gambar foto. | Makna | 05.10.2016 |
| Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum minum. 2. Mentol itu sudah rosak terbakar. 3. Dia menuduh syarikat itu atas masalah kontrak. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum diminum. 2. Mentol itu sudah rosak. 3. Dia memfailkan saman terhadap syarikat itu atas masalah kontrak. | Tatabahasa | 29.08.2012 |
| Salam Satu Malaysia, Berikan penjodoh bilangan bagi benda berikut a)pasu bunga b)jam tangan c) karipap d) ubi kentang e)ubi kayu f)lampu panjang g)mentol h)batu i)baldi j)pelampung Sekian, terima kasih. | 1. Sebuah pasu bunga. 2. Seutas jam tangan 3. Sebiji karipap 4. Bergantung pada keadaan. 5. Bergantung pada keadaan. 6. Sebatang lampu 7. Sebiji mentol 8. Sebiji batu 9. Sebuah baldi 10. Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pelampung | Lain-lain | 10.02.2017 |