Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nuang.kan] | منواڠکن

Definisi : mencurahkan (memasukkan) barang cair ke dlm bekas atau acuan: kami pun ~ minuman keras itu ke dlm gelas masing-masing dan mula minum; selepas dilebur, timah itu dituangkan ke dlm acuan yg berbentuk bata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nuang.kan] | منواڠکن

Definisi : menuang utk orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuang
Kata Terbitan : menuang, menuangkan, penuangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sila tanya ayat mana yang betul? 1.Saya menuang teh untuk nenek. 2.Saya menuangkan teh untuk nenek. 3.Saya menuangkan nenek teh. terima kasih

Ayat yang betul ialah

1. Saya menuang teh untuk nenek.

2. Saya menuangkan nenek teh.

Lain-lain13.05.2023
Ayat yang mana betul? 1. Saya menuang teh untuk dia. 2. Saya menuangkan teh untuk dia. 3. Saya menuangkan dia teh.

Tatabahasa21.10.2017
Ibu ______ gelas dengan air untuk diminum. Menuang/menuangi/menuangkan Apakah imbuhan yang tepat ?Ibu menuangi gelas dengan air untuk diminum. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk makna setiap perkataan tersebut dalam Kamus Dewan.Tatabahasa16.08.2015
Saya NANDHANA ingin tanya satu soalan .Adik ---- gelas plastik itu dengan air soya. A menuang B menuangi C menuangkan.
 Adik _____________ gelas plastik itu dengan air soya. JAWAPAN B. menuangi
Tatabahasa05.09.2015

Kembali ke atas