Berikut merupakan konklusi saya yang kedua. 1. Datuk Dolhi bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat yang baharu. (a) bercadang untuk menubuhkan (salah) (b) bercadang menubuhkan (betul) Dalam jawapan tuan, apakah maksud penggunaan "bercadang untuk + meN...kan dianggap lewah" ?? 2. Seminar ini bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar SMK Air Cerah (a) bertujuan meningkatkan (betul) (b) bertujuan untuk meningkatkan (salah) Tolong check adakah penganalisisan saya ini betul. Terima kasih! | Selepas bercadang tidak perlu ditambah perkataan "untuk" kerana tidak memerlukan kata sendi nama. | Makna | 29.04.2014 |
Kami ingin menubuhkan sebuah pusat tuisyen menggunakkan nama tersebut "Pusat Tuisyen Linguistik Dinamik" dan "Pusat Tuisyen Studio Linguistik." Dalam garis panduan penubuhan di nyatakan bahawa kita mesti mengguna Bahasa Kebangsaan semata-matanya. Sila beri maklum balas jikalau nama tersebut menepati syarat tersebut. Sekian, terima kasih. | Sekiranya pusat tuisyen ini mengajar perkara berkaitan bahasa, nama Pusat Tuisyen Linguistik Dinamik boleh digunakan. Nama "Pusat Tuisyen Studio Linguistik" tidak boleh digunakan kerana perkataan "Studio" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini dan tidak mempunyai maksud yang jelas. | Lain-lain | 04.09.2013 |
Kami ingin menubuhkan sebuah pusat tuisyen menggunakkan nama tersebut "Pusat Tuisyen Studio Dinamik." Dalam garis panduan penubuhan di nyatakan bahawa kita mesti mengguna Bahasa Kebangsaan semata-matanya. Sila beri maklum balas jikalau nama tersebut menepati syarat tersebut. Sekian, terima kasih. | Nama yang dicadangkan adalah betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 21.08.2013 |
Kami ingin menubuhkan sebuah perkumpulan yang terdiri daripada kalangan guru. Kami ingin menggelarkan kumpulan kami sebagai Pengkarya Guru kerana kami terlibat dalam menghasilkan karya penulisan dan penerbitan. Mengikut hukum D-M manakah yang betul Pengkarya Guru ataupun Guru Pengkarya, mohon pencerahan, terima kasih. | Mengikut Hukum D-M, frasa yang betul ialah Guru Pengkarya. Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan (D) merupakan unsur inti dan menerangkan (M)merupakan unsur penerang. Guru menghasilkan karya. Guru ialah yang diterang. Situasi ini sama seperti contoh guru muzik, guru besar. | Tatabahasa | 03.04.2013 |
Saya ingin menubuhkan persatuan. Cadangan nama persatuan ialah: PERSATUAN PEMILIK APARTMEN TIARA BAY RESORT PORT DICKSON Adakah nama persatuan diatas betul dari segi bahasa, ejaan, nahu dan dll. Terima kasih | Cadangan nama diperakui betul dan mengikut struktur bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.03.2011 |
saya ingin menubuhkan satu kumpulan muzik yang berkonsepkan gendang jalanan seperti yang ada skarang iaitu drum simfoni malaysia..tetapi kami mempunyai masalh dalam pemilihan nama kumpulan tersebut.di harapkan pihak tuan dapt memberikan beberapa cadangan nama yang sesuai yang melambangkn malaysia atau pun kerimuran.. kerjasama dari pihak tuan amat laa kami hargai.. sekian terima kasih.. | Sekiranya pihak tuan mempunyai beberapa nama untuk kumpulan muzik ini yang melambangkan ketimuran, pihak kami dapat menyemak ejaan atau maksud dari segi tatabahasa untuk kumpulan ini. | Lain-lain | 23.11.2007 |
1. Penduduk Kampung Permai menubuhkan pasukan rukun tetangga bagi menjaga keselamatan kampung mereka bersama-sama. Adakah perkataan rukun tetangga perlu ditulis dengan huruf besar seperti Rukun Tetangga? | Penduduk Kampung Permai menubuhkan pasukan rukun tetangga bagi menjaga keselamatan kampung mereka bersama-sama. Ejaan perkataan rukun tetangga dalam ayat tersebut betul. Perkataan rukun tetangga' sekiranya dalam ayat dieja dengan huruf kecil, sekiranya sebagai kata nama khas hendaklah dieja dengan huruf besar, contohnya Rukun Tetangga Kampung Baru. | Ejaan | 05.10.2024 |
Salam, Yang manakah penggunaan yang lebih tepat dan mengapa? Menubuhkan satu/suatu jawatankuasa Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat adalah “Menubuhkan satu jawatankuasa”. Satu bermaksud 1 angka yang dilambangkan dengan 1, i dan I, yang merupakan angka terkecil yang boleh dibilang, dan hadir sebelum angka 2, ii dan II, 2 yang paling tinggi bagi pangkat, kelas dan sebagainya, 3 yang kedudukannya, penarafannya pada tingkat permulaan atau paling rendah, 4 yang itu sahaja, 5 kurang daripada dua jumlahnya, 6 merujuk pada sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 7 sekalian yang ada, seluruh atau semua sekali, 8 merujuk pada tempat, waktu dan sebagainya yang sama. Suatu bermaksud 1 merujuk masa, hari, peristiwa dan lain-lain yang tidak dinyatakan secara tepat, 2 merujuk sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 3 satu sahaja, 4 tiap-tiap satu, 5 pertama-tama atau yang pertama. Sila rujuk pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1972 dan 2157. | Lain-lain | 05.06.2025 |
Penggunaan ayat yang manakah sesuai? "...dalam menguruskan" atau "...untuk menguruskan" Contoh:- (1) Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab yang membantu Majlis dalam menguruskan perkara yang berhubungan dengan Riqab menurut Peraturan-Peraturan ini; atau (2) Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab yang membantu Majlis untuk menguruskan perkara yang berhubungan dengan Riqab menurut Peraturan-Peraturan ini. | Ayat yang betul ialah Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab yang membantu Majlis untuk menguruskan perkara yang berhubung dengan Riqab menurut Peraturan-peraturan ini. | Lain-lain | 16.02.2021 |
Bentuk di bawah, yang manakah adalah betul? Bentuk 1 : ber...+ Frasa Sendi + meN.../meN... Contoh ayat: Datuk Dolhi bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat yang baharu. - bercadang (ber...) + untuk (Frasa Sendi) + menubuhkan (meN...kan) Bentuk 2: ber... + TIDAK PERLU Frasa Sendi + meN.../meN...kan Seminar ini bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar SMK Air Cerah. - bertujuan (ber...) + TIDAK ADA Frasa Sendi + meningkatkan (meN...kan) Perlu tambah Frasa Sendi antara "ber..." dengan "meN.../meN...kan", atau tidak perlu? | Penggunaan yang baku ialah bertujuan/bercadang. Bertujuan untuk/ bercadang untuk + meN...kan dianggap lewah. Lewah bukanlah suatu kesalahan bahkan merupakan suatu pilihan. | Tatabahasa | 28.04.2014 |