Menukarkan ejaan rumi ke jawi - Kompleks ICT Al-Biruni. | Ejaan Jawi bagi Kompleks ICT Al-Biruni seperti lampiran. | Ejaan | 17.10.2019 |
Saya menukarkan penjelasan audio menjadi teks bercetak. Mohon nyatakan istilah yang tepat untuk usaha itu, sama ada transliterasi/mentransliterasikan, transkripsi/mentranskripsikan, atau alih bentuk/mengalih bentuk. Mungkinkah ada istilah lain yang persis? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak tuan atas jawapan-jawapan yang terdahulu dan jawapan terhadap soalan ini. Wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, transkripsi bermaksud 1. (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dan lain-lain, atau daripada rakaman ucapan dan lain-lain 2. penukaran bahan bertulis daripada sesuatu bentuk ke dalam bentuk lain (misalnya yang menggunakan sistem fonetik, huruf dalam abjad lain, dan lain-lain). Oleh itu, istilah yang betul ialah transkripsi. | Istilah | 09.05.2012 |
ingin menukarkan nama syarikat KTSPS TRADING SDN. BHD kepada tulisan jawi. terima kasih | Untuk mendapatkan perkhidmatan pengesahan bahasa dalam iklan, saudara hendaklah melayari laman web berikut: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx | Lain-lain | 05.02.2012 |
Kami ingin menukarkan Employee Handbook daripada Bahasa inggeris kepada Bahasa Melayu. Bolehkan saya mengetahui bagaimana cara-cara untuk saya mendapat maklumat prosedur. | Tuan hendaklah terlebih dahulu menterjemah frasa tersebut dalam bahasa Melayu. Seterusnya kami akan menyemak sama ada ia sesuai atau tidak. Jika kurang sesuai, kami akan mencadangkan kepada tuan cadangan frasa yang paling sesuai untuk digunakan. | Lain-lain | 09.03.2018 |
Saya telah menukarkan bahasa yang digunakan dalam perbualan ini dalam bahasa Melayu baku tetapi saya tidak pasti betul atau salah. Minta tolong semak. Sekian terima kasih. | Seperti Lampiran | Tatabahasa | 13.10.2011 |
Salam sejahtera. "Negara A menukar / menukarkan / bertukar nama negara menjadi / kepada Negara B." Apakah kata kerja dan kata sendi nama yang sesuai bagi ayat di atas? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Negara A menukarkan namanya kepada Negara B" atau "Negara A bertukar nama menjadi Negara B." Kata kerja yang sesuai bagi ayat pertama ialah menukarkan manakala ayat kedua ialah bertukar nama. Kata sendi nama yang sesuai bagi ayat pertama ialah kepada. | Tatabahasa | 21.03.2007 |
Tuan , sememagnya tiada masalah menukarkan ayat aktif dengan imbuhan meN- kepada ayat pasif (melibatkan GND1/2) Bagaimana halnya dengan ayat aktif berimbuhan ter-? Bagaimanakah menukarkan ayat aktif berimbuhan ter- berikut yang menggunakan subjek GND1 dan 2: 1) Saya terpijak bunga itu. 2) Awak terangkat pasu yang berat itu. 3) Saya terambil buku bapa. Bolehkah dipasifkan ayat-ayat di atas? TK | Ayat pasif ter- + oleh boleh diikuti Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kedua dan Ketiga. Ayat tersebut apabila dipasifkan menjadi Bunga itu terpijak oleh saya, Pasu yang berat itu terangkat oleh awak dan Buku bapa terambil oleh saya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Salam sejahtera! Tajuk:Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Soalan: Berikut manakah jawapan ayat pasif yang betu bagi ayat aktif yang diberikan? Ayat aktif: Angin ribut telah menerbangkan bumbung zink rumah-rumah di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 1: Bumbung zink rumah-rumah telah diterbangkan oleh angin ribut di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin malam tadi. Terima kasih. | Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin ribut malam tadi. | Tatabahasa | 17.07.2011 |
Salam sejahtera, Soalan: Menukarkan ayat i bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Salam sejahtera, Soalan berbunyi: Menukarkan ayat di bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |