Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.lar.kan] | منولرکن

Definisi : menjadikan menular, merebak­kan, menjangkitkan: ada antara kita yg secara sedar atau tidak sedar telah mena­nam­kan dan ~ keresahan sesama manusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.lar.kan] | منولرکن

Definisi : menjadikan menular; menyebabkan berjangkit; menjangkitkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tular
Kata Terbitan : menular, menulari, menularkan, penularan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terjermahan berikut daripada BI ke BM betul? BI: It is an effective repellent against mosquitoes that transmit dreaful diseases. BM: Ia merupakan penghalau yang berkesan terhadap nyamuk yang menularkan penyakit-penyakit yang mengerikan.

Kami mencadangkan terjemahan berikut “Bahan penghalau ini berkesan terhadap nyamuk yang membawa penyakit berbahaya” Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.

             Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. untuk mendapatkan terjemahan yang lebih tepat.

Penyemakan dan penterjemahan08.03.2023

Kembali ke atas