Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana yang betul? Selepas 20 minit berlalu, semua rakanku telah selesai menulis karangan. atau Selepas 20 minit, semua rakanku telah selesai menulis karangan.Ayat yang gramatis "Selepas 20 minit berlalu, semua rakanku selesai menulis karangan".Tatabahasa24.12.2012
1. a)Cikgu Azila mengajarkan cara-cara menulis karangan... b)Cikgu Azila mengajar cara-cara menulis karangan... - Yang manakah ayat yang betul 2. Benarkah perkataan 'makan' &'minum' perlu diletakkan awalan 'me' . Contoh; Ayah hanya meminum secawan kopi kerana sudah terlewat pergi ke pajabat. 3. Apakah perbezaan hingga dan sehingga

Encik Badrul,

1-Jawapan yang betul ialah Cikgu Azila mengajar cara-cara menulis karangan.

2-Perkataan makan dan minum tidak perlu diletakkan imbuhan awalan me

3-Hingga membawa makna garis yang terakhir manakala sehingga bermakna sampai (tentang masa) dan setakat

Tatabahasa01.06.2010
TUAN,SAYA INGIN TANYA CARA UNTUK MENULIS KARANGAN YANG CEMERLANGMaklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun bagi membantu saudara mencari rujukan yang sesuai sila klik menulis+karangan&d=9">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menulis+karangan&d=9.Lain-lain11.07.2012
cara menulis karanganSila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain28.07.2010
dalam menulis karangan perkataan lampu hijau perlu guna tanda baca (" ") ini contoh ("lampu hijau '' atau lampu hijau)Sekiranya frasa lampu hijau itu mempunyai makna yang tertentu maka wajar diberikan tanda petik. Tetapi jika hanya membawa makna biasa tidak perlu diberikan tanda petik. Sila rujuk yang berkaitan dengan tanda bacaan untuk maklumat lanjut.Lain-lain19.06.2009
Anak saya menulis karangan yang antara ayatnya berbunyi, "Ibu saya sangat sukakan kucing." Guru BM tidak membuat sebarang pembetulan. Adakah ayatnya betul atau seharusnya berbunyi, "Ibu saya sangat suka akan kucing."?Ayat yang gramatis ialah, "Ibu saya sangat suka akan kucing."Tatabahasa26.01.2010
BOLEHKAH SAYA KAITKAN MASALAH REMAJA DENGAN MASALAH SOSIAL SEMASA MENULIS KARANGAN. KATA MANAKAH YANG SESUAI? (A) MERASA DIRI (B) MERASAKAN DIRIMasalah remaja adalah sebahagian daripada masalah sosial. Untuk maklumat lanjut sila bincangkan tajuk ini dengan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ungkapan yang betul ialah 'merasakan diri'.Tatabahasa04.04.2011
Perlukah Saya Meninggalkan Ruangan Pada Perenggan Pertama Semasa Saya Menulis KaranganJarak antara perenggan biasanya hanya satu ruang.Lain-lain04.09.2010
Saya yang menulis karangan itu. A Karangan itu saya yang tulis. B Karangan itu yang saya tulis. C Yang tulis karangan itu saya. menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif... berikut manakah jawapan yang paling tepat?Ayat pasif yang paling tepat ialah A. Karang itu saya yang tulis.Lain-lain06.07.2015
Gabungkan menjadi ayat majmuk. Adi berasa malu. Kawannya melihat koteknya. Koteknya tegang.Sila rujuk guru di sekolah tentang tatacara menulis karangan, menggunakan format yang betul dan fakta yang tepat.Tatabahasa04.11.2015
123456

Kembali ke atas