Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.buh.kan] | منومبوهکن

Definisi : 1. menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah: baja ini gunanya utk ~ benih semaian itu dgn cepat; 2. menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dll) dgn sempurna, memperbesar, memperkembang: tidaklah lebih menguntungkan bagi Filipina utk pindah kpd bahasa Melayu-Indonesia drpd ~ bahasa Filipina itu; 3. mendatangkan (menimbulkan, menerbitkan) sesuatu perasaan (perselisihan dll): pertentangan mata antara gadis dgn pemuda itu akhirnya ~ kasih sayang yg tiada taranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.buh.kan] | منومبوهکن

Definisi : 1 menjadikan tumbuh atau hidup; memelihara su­paya berkembang atau bertambah besar. 2 menimbulkan atau mem­bangkitkan sesuatu perasaan: Apa yg ~ perselisihan itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara perihal menumbuhkan dan perihal tumbuh/berkembang? https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penumbuhan+pertumbuhan&d=175768&#LIHATSINI
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "tumbuh" ialah hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih, pokok, rambut, dan lain-lain). Contoh ayat: Anak kelapa sudah mulai tumbuh. 

Manakala perkataan "menumbuhkan" pula memberi makna menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah; menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dan lain-lain) dengan sempurna. Contoh ayat: Baja ini gunanya untuk menumbuhkan benih semaian itu dengan cepat.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Makna19.09.2021
Apakah beza antara penumbuhan dengan pertumbuhan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,

penumbuhan - perihal menumbuhkan
Contoh: Jaringan itu tidak akan bererti kalau usaha penumbuhan bahasa itu sendiri tidak berjalan dengan sewajarnya.

pertumbuhan - perihal tumbuh/berkembang.
Contoh: Pokok yang tidak cukup baja dan air itu akan terbantut pertumbuhannya.
Istilah30.01.2020

Kembali ke atas