Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.bu/] | منومبوق

Definisi : 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.bu/] | منومبوق

Definisi : 1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbuk
Kata Terbitan : bertumbuk, menumbuk, tumbukan, penumbuk,

Puisi
 

Menumbuk di lesung tinggi,
     Orang menampi di tengah jalan;
Apa sudah duduk begini,
     Bagai pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Menumbuk di lesung,
     bertanak di periuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memikul di bahu, menjunjung di kepala).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1 Malaysia. Apakah simpulan bahasa ini"menumbuk padi". terima kasihMenumbuk padi bukan simpulan bahasa. Menumbuk padi merupakan satu perbuatan.

Bagai menumbuk padi hampa merupakan peribahasa yang bermaksud perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa).
Tatabahasa16.01.2013
salam 1 Malaysia. Apakah maksud dengan "menumbuk padi" terima kasihMenumbuk padi ialah kaedah mengasingkan beras daripada hampasnya. Peralatan yang biasa digunakan ialah lesung.Istilah16.01.2013
Mana satu yang tepat? 1) Mak Mah menumbuk lada itu hingga lumat. 2) Mak Mah menumbuk lada itu hingga hancur.Kedua-duanya betul. Walaua bagaimanapun, perkataan yang paling tepat ialah lumat.Tatabahasa25.05.2010
laksana menumbuk beralaskan nyiru ialah peribahasa atau simile?Secara harfiah, ungkapan di atas lebih mirip dengan simile disebabkan terdapat perbuatan menumbuk dengan beralaskan nyiru. Hal ini sama juga dengan frasa bodoh macam lembu, tinggi macam galah dsb. T.kasih.Makna08.07.2008
apakah maksud bagai menumbuk beralas nyiru?Frasa ini boleh membawa maksud membuat pekerjaan yang sia-sia ataupun membuat kerja dengan mudah ataupun membuat  dua kerja dalam satu masa. Sila rujuk buku peribahasa bagi mendapatkan maksud yang lebih tepat. Makna07.07.2008
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011

Kembali ke atas