Tuan.... yang mana satu betul.. 1. Saya menunaikan permintaannya kerana esok adalah hari jadinya . atau... 2.Saya menunaikan permintaannya kerana esok ialah hari jadinya . Penggunaan ialah atau adalah yang betul... TQ | Ayat yang betul ialah ayat no. 2. Saya menunaikan permintaannya kerana esok ialah hari jadinya . | Tatabahasa | 05.09.2013 |
Elemen kemampuan menunaikan solat. atau kriteria kemampuan menunaikan solat | Elemen bermaksud unsur, kriteria bermaksud ukuran atau pertimbangan. Antara dua perkataan ini, kriteria lebih sesuai digunakan. | Lain-lain | 21.03.2018 |
1.Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur. 2. Bekalan elektrik yang terputus meyebabkan seluruh peserta kursus menggelabah. Soalan saya : Salahkah penggunaan kata bilangan tak tentu dalam ayat-ayat di atas (sedikit & seluruh)? Jika ya, harap dapat diberikan alasan. Terima kasih. | 1. Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur. 2. Bekalan elektrik yang terputus menyebabkan semua peserta kursus menggelabah. Sedikit dan seluruh merupakan kata bilangan yang tergolong dalam kata kuantiti. Kata kuantiti adalah kata kardinal yang jumlahnya tidak semuanya nyata. sedikit, beberapa = jumlah yang tidak banyak tetapi lebih daripada satu. seluruh = kata kuantiti yang berkaitan erat dengan tempat ( Contoh; Seluruh masyarakat turut bergabung). semua = jumlah banyak. Sila rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima Asmah Haji Omar untuk rujukan lanjut. | Tatabahasa | 04.02.2013 |
Bagaimana sekiranya saya ingin menyemak perkataan yang dibuat tepat atau tidak dari segi maksudnya. Contoh: Selamat menunaikan ibadah puasa atau Selamat menjalankan ibadah puasa Untuk makluman tuan, saya ingin memasukkan ucapan selamat ini ke laman web. stk | Frasa yang tepat ialah "Selamat menunaikan ibadah puasa", atau dlm bentuk lebih ringkas "Selamat berpuasa" | Tatabahasa | 28.09.2007 |
Saya ingin bertanyakan jawapan sama ada dari atau daripada untuk soalan berikut : "Kami menunggu kepulangan ibu ___________ menunaikan haji di Mekah." Terima kasih! | Kata sendi nama dari dan daripada tidak sesuai digunakan dalam ayat. Ayat yang betul ialah "Kami menunggu kepulangan ibu yang menunaikan haji di Mekah". | Tatabahasa | 19.05.2013 |
Bagaimana cara-cara menunaikan solat secara berjemaah dan apakah kepentingannya? | Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Posisi imam mesti di hadapan makmum dan posisi makmum di belakang imam. Makmum tidak boleh mendahului imam dalam perlakuan dalam solat. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim) Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara yang dibincangkan silalah rujuk pakar bidang (ustaz/imam) secara langsung atau rujuk rujukan di laman sesawang atau di perpustakaan yang berhampiran. | Lain-lain | 16.01.2009 |
Jika seseorang itu memiliki ijazah kedoktoran dan telah menunaikan ibadat haji, apakah gelaran yang sesuai untuknya dalam sesuatu majlis. Contohnya: 1.Tuan Haji Dr. Muhammad Ramli 2. Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli Yang manakah betul penggunaannya? Nombor 1 atau nombor 2? Gelaran yang betul ialah "Dr. Haji Muhammad Ramli". Assalamualaikum... Saya telah bertanya soalan di atas danpihak tuan telah memberikan jawapannya. Terima kasih dengan penjelasan jawapan. Soalan tambahan saya....jika ada pihak ingin juga memasukkan kata panggilan 'tuan', adakah panggilan itu seperti dalam pilihan 1 atau 2? Terima kasih | Pengejaan yang betul adalah seperti yang berikut "Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli". | Ejaan | 06.05.2015 |
MINTA KEPASTIAN EJAAN SEBENAR BAGI GELARAN PEREMPUAN YANG TELAH MENUNAIKAN HAJI . HAJAH ATAU HAJJAH | Ejaan yang betul ialah Hajah. | Ejaan | 20.11.2007 |
apakah maksud mengimplimentasikan, menginduktrinasikan, kebejatan, dan hedonisme? | Makna mengimplimentasikan ialah melaksanakan, men jalankan, menunaikan. Mengindoktrinasikan pula ialah menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia: drama pd zaman Jepun digunakan utk ~ pengaruh Jepun di rantau ini. Kebejatan pula ialah kerosakan, keburukan. Hedonisme pula ialah pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. | Makna | 04.11.2009 |
Assalamualaikum.... Saya nak bertanya berkaitan dengan gelaran hormat. Jika seseorang itu memiliki ijazah kedoktoran dan telah menunaikan ibadat haji, apakah gelaran yang sesuai untuknya dalam sesuatu majlis. Contohnya: 1.Tuan Haji Dr. Muhammad Ramli 2. Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli Yang manakah betul penggunaannya? Nombor 1 atau nombor 2? | Gelaran yang betul ialah "Dr. Haji Muhammad Ramli". | Tatabahasa | 30.04.2015 |