Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nung.gu] | منوڠݢو

Definisi : 1. meminta kembali (barang yg telah diberikan dll); 2. meminta supaya dijelaskan hutang, menagih; 3. menuntut (janji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nung.gu] | منوڠݢو

Definisi : 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anak­nya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nung.gu] | منوڠݢو

Definisi : ruang ~ ruang tempat menanti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nung.gu] | منوڠݢو

Definisi : 1 men­jaga supaya selamat (ttg rumah, orang sakit dll): Sudah dua malam ia tidak tidur kerana ~ anaknya yg sakit itu. 2 menanti ketibaan sesuatu (spt tetamu, kereta api): Sudah lama ia ~ kereta api tetapi belum juga sampai. ~ masa menanti hingga tiba masanya. 3 mendiami atau menduduki sesuatu tempat: Sudah lima tahun ia ~ pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Apa guna dayung direngkuh,
     Perahu payang kayu meranti;
Apalah guna menunggu tumbuh,
     Yang hilang belum pun berganti.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

43

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu gajah memamah aris, baik diikat kera kecil y

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
slm. Boleh semakm ayat di bawah betul atau salah. tq 1)Dia menunggu dan menunggu, namun tiada serangga yang boleh ditemui di sekitar kolam itu. (perlu ada , ke sebelum namun?)Salam sejahtera,

Ayat yang betul tiada koma seperti di bawah:

Dia menunggu dan menunggu namun tiada serangga yang boleh ditemui di sekitar kolam itu.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa06.12.2018
Beritahu dia menunggu selama berapa minit Menunggu atau tunggu?Ayat yang betul ialah “Maklumkan kepadanya untuk menunggu selama beberapa minit”.Tatabahasa03.05.2024
Tuan, melampaukah perbuatan "menunggu", iaitu adakah perbuatan "menunggu" melampaui pembuat lalu mengenai penyambut? Sila baca WordPad untuk lebih terang memahami soal saya.Untuk makluman, menunggu ialah kata kerja transitif. Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa12.12.2016
Menunggu Alisa keluar dari/ daripada tandas?jawapan yang betul ialah dariTatabahasa01.11.2011
Mohon jawapan daripada pihak Tuan yang bijaksana. Jawapan manakah yang paling tepat? 1. Sara menunggu Halim di tengah Kota Nicea. 2. Sara menunggu Halim di tengah kota Nicea. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Sara menunggu Halim di tengah kota Nicea.Tatabahasa11.07.2013
saya masih menunggu maklum balasUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal Khidmat Pengesahab Bahasa DBP, bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. Visual yang dihantar dalam bentuk jpeg atau gif. Lain-lain08.05.2017
saya masih menunggu kelulusan untok 24969/2015 dengan segera.Terima kasihPermohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Setelah dibuat pembetulan, kemukakan semula melalui domain tesebut dan hubungi kami di talian 03-21479400/9500/9600 untuk kelulusan segera.Tatabahasa25.06.2015
Ayat1:Baiklah,Ali. Saya akan tunggu kamu. Ayat2:Baiklah,Ali. Saya akan menunggu kamu. Kedua-dua ayat ini betul?Perkataan menunggu dalam ayat ini boleh tulis dalam kata dasar sahaja dalam perbualan?
Ayat “Saya akan menunggu kamu” merupakan ayat yang betul. Perkara ini disebabkan ayat aktif mempunyai kata kerja aktif (menunggu) mesti disusuli dengan kata nama (kamu). Ayat ‘Saya akan tunggu kamu’ merupakan bentuk tidak baku dan hanya digunakan dalam bahasa percakapan.
Tatabahasa06.03.2017
Bolehkah kedua-dua ayat di bawah di gunakan atau Ayat yang mana satu betul: 1. Ali membaca buku sewaktu menunggu bas. 2. Ali membaca buku sementara menunggu bas.Ayat yang tepat ialah Ali membaca buku sementara menunggu bas. Kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu.Tatabahasa29.10.2014
Ruang menunggu atau ruang tunggu atau ruang penungguan?Jawapan yang betul dan tepat ialah RUANG MENUNGGU.Istilah10.07.2018
12345678910...

Kembali ke atas