askm..soalan mana satuyang betul 1.menunggu kepulangan suaminya dari hari ke sehari 2.menunggu kepulangan suaminya dari hari ke hari | Penggunaan yang betul ialah dari sehari ke sehari ataupun dari hari ke hari. Jika saudara hendak menggunakan perkataan "hari", frasa yang betul ialah dari hari ke hari. Jika menggunakan "sehari', frasa yang betul ialah dari sehari ke sehari". Frasa dari hari ke sehari tidak betul kerana tidak ada perimbangan kata. | Tatabahasa | 16.04.2010 |
Mohon jawapan daripada pihak Tuan yang bijaksana. Jawapan manakah yang paling tepat? 1. Sara menunggu Halim di tengah Kota Nicea. 2. Sara menunggu Halim di tengah kota Nicea. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Sara menunggu Halim di tengah kota Nicea. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. 2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. Adakah ayat- ayat di atas betul? | 1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. - ayat ini betul 2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. - ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata reaksi kurang tepat dalam ayat tersebut | Tatabahasa | 04.09.2009 |
Tuan, Mohon keterangan daripada tuan ayat seperti berikut: 1. Sementara saya menunggu, ibu membeli kuih di pasar malam. 2. Abang saya suka bermain bola sepak di padang yang luas / besar. 3. Kanak-kanak / Budak itu sedang bermain air di dalam air terjun yang besar / jernih. 4. Saya menunggang basikal pergi ke / ke sekolah setiap hari kecuali hari(perlu huruf besar?) Sabtu dan Jumaat. | 1. Sementara saya menunggu ibu membeli kuih di pasar malam. - ayat ini tidak lengkap, tidak ada predikat 2. Abang saya suka bermain bola sepak di padang yang luas/besar. - Perkataan luas/besar betul bagi ayat tersebut. 3. Kanak-kanak / Budak itu sedang bermain air di dalam air terjun yang besar/jernih. - betul 4. Saya menunggang basikal ke sekolah setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
1. Bapa sedang menunggu kopi yang dibancuh oleh ibu. 2. Penjaja itu tawar-menawar dengan wanita itu. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Betul. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1.Ibu bapa diminta jangan meletak kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana itu merupakan tempat letak bas sekolah. 2.Ibu bapa harus membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke banggunan sekolah. 3.Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin. 4.Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin semasa waktu lepas sekolah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I harus mengikut barisan berbaris ke tempat letak kereta dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta. 5.Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bilik darjah anak tanpa kebenaran pihak sekolah. 6.Dilarang semua murid menunggu kereta di luar pagar sekolah. | Ayat yang betul ialah: 1. Ibu bapa dilarang meletakkan kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana petak itu dikhaskan untuk bas sekolah. 2. Ibu bapa hendaklah membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke bangunan sekolah. 3. Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin sekolah. 4. Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin selepas sesi persekolahan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I hendaklah berbaris dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta. 5. Ibu bapa dilarang masuk ke bilik darjah tanpa kebenaran pihak sekolah. 6. Semua murid dilarang menunggu kereta/bas di luar pagar sekolah. | Tatabahasa | 23.04.2011 |
Apakah fungsi perkataan sementara dan untuk dalam ayat-ayat yang berikut: 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. 2(a) Hadiah ini untuk adik. 2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. 2(d) Daya membeli buku untuk adik saya. | 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. - Kata hubung 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. - Kata adjektif 2(a) Hadiah ini untuk adik. - Kata sendi nama 2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. - Kata hubung 2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. - Kata hubung 2(d) Daya membeli buku untuk adik saya. - Kata sendi nama | Tatabahasa | 29.11.2012 |
1.Bagaimanakah membetulkan ayat berikut: a. Sementara menunggu umpannya (diragut) ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak (menyelewengkan) fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulnya di dalam hutan. Adakah dikumpul salah dan digantikan dengan dikumpulkan ? 3. semangat patriolisme Adakah perkataan semangat leweh dalam frasa di atas? 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. Adakah ayat di atas salah? Terima kasih ! | Ayat yang telah diperbetul 1- a. Sementara menunggu umpannya dimakan ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak memainkan fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulkannya di dalam hutan. 3. lewah - patriotisme sahaja telah memadai 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. - betul | Tatabahasa | 26.09.2009 |
Apakah fungsi perkataan yang bergaris dalam ayat yang berikut: 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. | Sila hubungi kami semula dan nyatakan perkataan manakah yang memerlukan penjelasan kerana tidak ada perkataan yang bergaris dalam kedua-dua ayat tersebut. | Tatabahasa | 22.11.2012 |
Apakah fungsi perkataan yang bergaris dalam ayat yang berikut: 1(a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. 1(b) Hidup di dunia hanya sementara. 2(a) Hadiah ini untuk adik. 2(b) Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 2(c) Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. 2(d) Daya membeli buku untuk adik saya. | Sila hubingi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas (perkataan manakah yang bergaris?). | Tatabahasa | 14.11.2012 |