Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.jang] | منونجڠ

Definisi : ark 1. menendang, menerajang; 2. Jw melanggar, membentur, menubruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.jang] | منونجڠ

Definisi : 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: semasa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.jang] | منونجڠ

Definisi : 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunjang
Kata Terbitan : bertunjangkan, menunjang, tunjangan, penunjang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Apakah maksud perkataan menggalang ?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menggalang bermaksud diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong, menunjang: Contoh ayat, menggalang kepala dgn bantal; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): Contoh ayat, menyumbangkan tenaga dan fikiran utk menggalang parti sendiri;      3. menghalang: Contoh ayat, barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna04.03.2010
1. mengetengahkan atau mengenengahkan ? 2. mengetepikan atau mengenepikan ? 3. mengepalai atau mengkepalai ? 4. menunjangkan atau mentunjangkan ? 5. memastikan atau mempastikan ? 6. mencintai atau menyintai ? 7. menyukarkan atau mensukarkan ? 8. penyajak atau pensajak ? 9. pemelajaran atau pembelajaran ? 10. mensabitkan atau menyabitkan ?

1. mengetengahkan

2. mengetepikan

3. mengepalai

4. menunjang

5. memastikan

6. mencintai

7. menyukarkan

8. penyajak

9. pemelajaran

10. menyabitkan

Tatabahasa24.07.2011

Kembali ke atas