Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : menunjukkan,meninjukan,menunukan,menujukan

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menunjukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Gambar menunjukan poster Kempen Sayangi Ibu Bapa. (Adakah Kempen Sayangi Ibu Bapa dianggap sebagai kata nama khas?)Sekiranya Kempen Sayangi Ibu Bapa merupakan nama untuk kempen tersebut, maka nama tersebut dianggap sebagai kata nama khas.Ejaan09.06.2020
Minta penjelasan lagi, bahawa pengalaman yang lepas menunjukan bahawa pihak pelabur walaupun menanam/membeli saham sebanyak 20 peratus tetapi ia boleh menguasai syarikat tersebut kerana kepakarannya dalam pelaburan berbanding seorang ahli politik dan pentadbir cekap tetapi mengikut arah pihak atasan.

Soalan saudara tidak jelas. Jika saudara memerlukan penjelasan tentang maksud yang terkandung dalam ayat tersebut, saudara perlu merujuk kepada penulisnya sendiri. Apa yang dapat kami bantu ialah khidmat nasihat dari aspek nahu dan kosa kata.

Lain-lain15.08.2011
Salam, adakah ayat " Pusat Peralatan Nagivasi" boleh digunakan bagi menunjukan aktiviti premis sebagai kedai menjual GPS? Mohon pandangan dan cadangan ayat yang sesuai bagi premis seumpama ini..TKKeterangan aktiviti yang sesuai ialah "Kedai GPS".Lain-lain10.01.2012
Mengapa penggunaan hal ini kerana dalam dewan bahasa dan pustaka menunjukan salah dan bagi hal dikatakan demikian kerana adalah betul

Frasa “hal ini kerana” tidak betul kerana “hal ini” merupakan subjek, manakala “kerana” ialah kata hubung. Subjek tidak boleh digabungkan dengan kata hubung, tetapi mesti digabungkan dengan predikat untuk membentuk ayat yang betul.

"Hal ini dikatakan demikian" merupakan frasa yang betul. “Hal ini” ialah subjek, manakala “dikatakan demikian” ialah predikat dan membentuk frasa yang betul, iaitu “hal ini dikatakan demikian.”

Lain-lain09.08.2022
Salam sejahtera, saya ada soalan berkenaan penggunaan perkataan "Ibu Peri". Saya maklum yang perkataan ini berasalah dari bahasa Indonesia menunjukan kepada "Fairy Godmother". namun, adalah ibu peri juga boleh digunakan dalam terjemahan bahasa Melayu?Cadangan penggunaan yang sesuai ialah "Penjaga Pari-pari".Penyemakan dan penterjemahan31.08.2022
Salam sejahtera, Mengikut penerangan yang diberikan melalui lampiran yang disediakan, perkataan al-Quran dieja dengan huruf A besar - Al-Quran. Manakali, penjelasan dari tarikh-tarikh yang lain menunjukan ianya dieja dengan huruf A kecil - al-Quran. Yang mana satu agaknya ejaan yang betul? Terima kasih!Ejaan yang betul mengikut Gaya Dewan ialah al-Quran, surah al-Baqarah, al-fatihah, ayat Kursi kecuali perkataan  tersebut  berada dipermulaan ayat, contohnya: "Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran."Ejaan03.11.2020
Kata ganti nama tak tentu (Cth:apa-apa, mana-mana, sebarang) "Apa-apa" digunakan untuk menggantikan sesuatu BENDA atau PERKARA yang tidak tentu. “Mana-mana” digunakan untuk menggantikan sesuatu TEMPAT atau BENDA yang tidak tentu. 1. Apabila ayat menunjukan BENDA tak tentu bagaimana saya boleh pastikan untuk menggunakan "apa-apa" atau "mana-mana"? 2. Dalam KONTEKS apa yang patut dilihat bila hendak menggunakan"apa-apa" atau "mana-mana"? (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")[saya tidak pasti betul atau salah contoh saya ini] 3. Bagi "sebarang", bila boleh diggunakan dan dalam konteks apa dan ada tak maksudnya apabila digunakan? Bagi semua pertanyaan di atas, harap dapat mendapat penerangan yang sangat jelas kerana saya amat keliru bila hendak menggunakan "apa-apa, mana-mana, sebarang" . Penerangan disertai contoh ayat amat dialu-alukan. Harap mendapat pembalasan dan penerangan secepat mungkin. Sekian terima kasih.1. Bagi ayat yang menunjukan BENDA tak tentu, tuan/puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan, iaitu "apa-apa" atau "mana-mana".
2. (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")- contoh yang tuan/puan berikan ini betul dan juga selain itu, penggunaan kata ganti nama diri tanya  "mana" atau mana-mana juga boleh merujuk benda atau orang. Cth ayat: Pilihlah apa-apa/mana-mana kuih yang kamu suka. Kedua-dua kata ini boleh digunakan. 
3.Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; Oleh itu, perkataan sebarang boleh menggantikan penggunaan kata apa-apa dan juga mana-mana mengikut kesesuaian konteks ayat. Cth. ayat: Ambillah sebarang buku yang kamu suka  - ayat ini boleh digantikan dengan; Ambillah apa-apa/mana-mana buku yang kamu suka.
Makna06.11.2018
Adakah betul ungkapan tajuk dibawah? : PERTANDINGAN PERMAINAN ALAT MUZIK TRADISIONAL atau ia sepatutnya di tulis PERTANDINGAN MUZIK TRADISIONAL? Kami akan menganjurkan pertandingan muzik tradisional di mana peserta perlu menunjukan bakat memainkan alat muzik tradisional secara berkumpulan.Tajuk yang sesuai ialah "Pertandingan Permainan Alat Muzik Tradisional".Tatabahasa20.05.2013
Kata ganti nama tak tentu (Cth:apa-apa, mana-mana, sebarang) "Apa-apa" digunakan untuk menggantikan sesuatu BENDA atau PERKARA yang tidak tentu. “Mana-mana” digunakan untuk menggantikan sesuatu TEMPAT atau BENDA yang tidak tentu. 1. Apabila ayat menunjukan BENDA tak tentu bagaimana saya boleh pastikan untuk menggunakan "apa-apa" atau "mana-mana"? 2. Dalam KONTEKS apa yang patut dilihat bila hendak menggunakan"apa-apa" atau "mana-mana"? (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")[saya tidak pasti betul atau salah contoh saya ini] 3. Bagi "sebarang", bila boleh diggunakan dan dalam konteks apa dan ada tak maksudnya apabila digunakan? (Saya amat keliru bila "sebarang" harus digunakan sedangkan kata tak tentu lain boleh digunakan) Bagi semua pertanyaan di atas, harap dapat mendapat penerangan yang sangat jelas kerana saya amat keliru bila hendak menggunakan "apa-apa, mana-mana, sebarang" . Penerangan disertai contoh ayat amat dialu-alukan. Harap mendapat pembalasan dan penerangan secepat mungkin. Sekian terima kasih.Kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:
  • apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

  • mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

Tatabahasa14.11.2018
Salam Sejahtera. Saya ingin meminta pandangan daripadsnpihak tuan mengenai soalan peperiksan murid tahun 3. Ibu memandikan adik dengan _________ pada waktu pagi. A. Air Sejuk B. Air Panas C. Air Suam Soalan saya, adakah soalan ini relevan? Adik di sini menunjukan umur berapa tahun? Waktu pagi tidak dinyatakan. Jika ibu itu memandikan anaknya pukul 11 pagi, adakah air suam diperlukan? Jawapan guru ialah air suam. Jika murid memberi jawapan air sejuk, adakah diterima?

 Jawapan "air suam" betul kerana air suam bermaksud air yang tidak berapa panas. Pada pendapat DBP soalan ini relavan untuk  menilai perbendaharaan kata pelajar.

Makna03.11.2014
12

Kembali ke atas