Salam tuan/puan, Apakah maksud 'menjunjung kasih'? Ayat contoh: Patik menjunjung kasih, tuanku. Terima kasih. | Ungkapan bahasa diraja menunjukkan fungsi penghargaan menunjukkan gerak arah dari bawah ke atas. Apabila rakyat menghargai pemberian atau anugerah Raja, maka dia menjunjungnya dan tidak setakat menerimanya. Daripada situ, timbullah ungkapan ‘menjunjung kasih Tuanku’ dan ‘junjung kasih,Tuanku’ yang dalam bahasa biasa ialah ‘terima kasih”. | Makna | 19.12.2014 |
Kepada atau pada: a) Joanne melekat kembali kepada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. b) Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. | Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
salam 1Malaysia. adakah penggunaan perkataan 'dari tiga' dalam ayat berikut sesuai digunakan? mohon pembetulan. contoh ayat. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang menunjukkan peratus respons bersetuju yang tinggi dalam kalangan responden. Dari tiga item tersebut, peratus respons bersetuju responden guru Bandar lebih tinggi berbanding responden guru Luar Bandar. | Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang menunjukkan peratus respons bersetuju yang tinggi dalam kalangan responden. Daripada tiga item tersebut, peratus respons bersetuju responden guru Bandar lebih tinggi berbanding responden guru Luar Bandar. | Tatabahasa | 27.08.2015 |
1. (a) Gambar tersebut menunjukkan tentang kebaikan membaca. (b) Gambar tersebut menunjukkan kebaikan membaca. Ayat manakah betul? Betulkah sekiranya ayat Tujuan gotong-royong diadakan adalah untuk “membersih dan menceriakan” kawasan taman. -kan yang pertama dibuang untuk menjadikan ayat lebih gramatis? menceria dan membersihkan juga betul? | 1. Ayat yang betul ialah “Gambar tersebut menunjukkan kebaikan tentang membaca.”. 2. Ayat yang betul ialah “Tujuan gotong-royong diadakan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan taman.”. | Tatabahasa | 27.07.2022 |
Kajian menunjukkan bahawa lebih kerap ahli keluarga makan bersama-sama, maka lebih rendahlah kemungkinan anak-anak terbabit dalam gejala sosial. Adakah istilah kerap dalam ayat ini boleh digantikan dengan selalu? kalau tidak, mengapa? terima kasih! | Dalam konteks ayat tersebut, perkataan kerap lebih sesuai untuk digunakan. Merujuk kepada Kamus Dewan, "kerap" ditakrifkan sebagai: acap kali, berkali-kali, selalu, sering. Manakala "Selalu" ditakrifkan sebagai: sentiasa, selamanya, sepanjang masa. "Selalu" juga ditakrifkan sebagai seluruh, semua, terus dan langsung. Oleh itu, ayat yang dibina, perlulah mengikut konteks. | Lain-lain | 28.09.2020 |
untuk menunjukkan nilai murdni, istilah yang digunakan ialah sifat sabar atau sifat bersabar? | Perkataan "sabar" lebih sesuai apabila mengikuti perkataan "sifat". Contohnya kita sebut "sifat malas", kita tidak sebut "sifat bermalas", "sifat rajin" bukan "sifat berajin" atau "sifat tabah" bukan "sifat bertabah". | Tatabahasa | 12.03.2014 |
Dalam gambar menunjukkan seorang lelaki memotong rumput dengan mesin. Adakah ayat ini betul? (Ayah memesin rumput dengan mesin potong rumput) ataupun (Ayat memotong rumput dengan mesin potong rumput) Terima kasih. | Pilihan ayat yang betul: 1. Ayah memesin rumput. 2. Ayah memotong rumput dengan mesin. 3. Ayah memotong rumput dengan mesin pemotong rumput. | Lain-lain | 18.07.2023 |
tuan boleh menunjukkan kami dimana hentak semak bahasa signboard untuk memohon lesen perniagaan di mpsj. terima kasih | Sila buat permohonan dengan melayari laman web https://dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 03.12.2020 |
menunjukkan sebab atau menunjuk sebab? | Kedua-duanya boleh digunakan. Namun begitu, frasa yang lebih tepat ialah menunjukkan sebab. | Ejaan | 13.06.2021 |
Selalunya perkataan "satuan" digunakan untuk menunjukkan satu unit terkecil. Boleh tak saya nak guna perkataan "satuan" untuk menunjukkan gabungan beberapa unit hingga membentuk struktur terpadu? | Perkataan satuan boleh digunakan bagi contoh ayat tersebut. | Tatabahasa | 11.02.2021 |