Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.tun] | منونتون

Definisi : menutup muka atau mata dgn sapu tangan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.tun] | منونتون

Definisi : 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.tun] | منونتون

Definisi : 1 memegang tangan seseorang utk menolongnya berjalan; memimpin. 2 mengheret basikal, kerbau dll; meng­hela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menuntun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bila berikan saya makna menuntun, serba salah, berkecai,Menuntun ialah menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, memimpin atau menghela (basikal, kerbau,dll), mengheret. Serba salah ialah salah dalam segala hal atau keadaan yang tidak menentu aaaaaatau sukar membuat keputusan. Berkecai ialah pecah kecil-kecil, hancur, remuk, bersepai atau koyak menjadi kepingan yang kecil-kecil.Makna27.02.2008
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010
Kesalahan ayat: Azlan menuntun basikal yang tayarnya pancit pulang ke rumah.Ayat yang gramatis ialah Azlan menuntun basikal yang pancit tayarnya pulang ke rumah.Tatabahasa04.07.2012
Salam sejahtera, Contoh ayat; A(Adik-beradik) itu B(berpegang) tangan ketika menyeberangi titi kecil yang meringtangi longkang yang C(dalam) itu. Jawapan B iaitu berpegang dikatakan salah, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya ? Bolehkah perkataan menuntun digunakan ?Perkataan yang boleh digunakan ialah menuntun dan memimpin. Sila layari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna bagi perkataan tersebut.Makna27.02.2013
Bolehkah perkataan memimpin digunakan untuk basikal

Perkataan yang lazim digunakan ialah "mengheret basikal" atau "menuntun basikal".

Tatabahasa04.07.2011
1. Saya memimpin tangan / memimpin orang tua melintasi jalan. Perlukah kata kerja memimpin diikuti dengan tangan? kerana perkataan memimpin telah membawa maksud memegang tangan. 2. Sekolah saya mengadakan pertandingan menyanyi / pertandingan nyanyian? Apakah perbezaan antara kedua-dua frasa nama tersebut? 3. Saya menghidangkan makanan kepada / untuk ibu. Apakah perbezaannya ? kerana saya pernah terjumpa menghidangkan .... kepada dan menghidangkan ... untuk.

1. Ayat yang betul ialah saya memimpin tangan orang tua melintas jalan. Hal ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memimpin mempunyai tiga takrifan, iaitu: 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih.

2. Frasa yang betul ialah Sekolah saya mengadakan pertandingan nyanyian kerana nyanyian ialah kata nama, sedangkan menyanyi ialah kata kerja. Penamaan sesuatu perkara hendaklah dalam kata nama.

3. Syat yang lebih tepat ialah saya menghidangkan makanan kepada ibu kerana penggunaan kata sendi nama kepada dalam ayat tersebut menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Ayat tersebut boleh juga diolah sebegini: Saya menghidangi ibu makanan.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272 untuk keterangan lanjut.  

Tatabahasa07.02.2010

Kembali ke atas