Bolehkah rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" digantikan dengan "memerlukan cadangan terbuka"?? | Rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" tidak sama dengan "memerlukan cadangan terbuka". Frasa cadangan terbuka lazimnya sesuatu yang dicadangkan. Frasa yang boleh digunakan ialah "memerlukan pemikiran terbuka". | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Slm, berikan saya contoh kata seerti "tuntut" Dan "menuntut"..? | Perkataan tuntut bersinonim dengan minta, pohon, desak, gesa, tagih dan lain-lain. Manakala, menuntut pula bersinonim dengan meminta, memperjuangkan, belajar, mendakwa dan lain-lain. | Lain-lain | 02.02.2013 |
Encik Jabir masih belum mahu menuntut semula wang yang dipinjamkannya kepada jirannya itu. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQ | Ayat yang lebih gramatis ialah: Encik Jabir masih belum menuntut wang yang dipinjamkan kepada jirannya. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
1. Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun? 2. Di manakah boleh anda tuntut kupon diskaun? Yang manakah ayat tanya yang betul/baku? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun?". | Tatabahasa | 27.05.2013 |
Bolehkan penggunaan `dipelopori oleh' digantikan dengan `dipeloporkan oleh' dalam ayat `Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan.' Terima kasih. | Ungkapan 'dipelopori oleh' dalam ayat 'Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan' tidak boleh digantikan dengan 'dipeloporkan oleh' kerana akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif (tempat atau orang). | Tatabahasa | 15.08.2007 |
Assalammualaikum tuan, Saya Tarmizi daripada Lembaga Getah Malaysia ingin memohon bantuan untuk mendapatkan ayat yang lebih sesuai diantara ayat dibawah:- 1)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun. 2)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun dan menuntut semula barang-barang yang disita. 3)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari selepas permohonan menuntut semula barang-barang disita oleh OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun. Saya memohon kerjasama tuan untuk mendapatkan ayat yang lebih tepat antara ketiga-tiga diatas atau jika tuan mempunyai pandangan lain juga dialu-alukan. terima kasih. | Jika ayat yang ditanya tidak dipetik daripada mana-mana sumber perundangan, cadangan kami: Memohon perlucutan hak di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS bagi menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun.
| Tatabahasa | 03.08.2012 |
1)Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut pusat pengajian tinggi.2)Semak-samun di belakang rumah itu belum dipotong.3)Seluar saya sama besar seluar Ahmad.TOLONG BETULKAN KALAU TERDAPAT SALAH. | Saudari/Saudara, 1. Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut di pusat pengajian tinggi. 2. Ayat tepat 3. Seluar saya dan Ahmad sama besar. (ayat yang diolah oleh saudara betul dari aspek tatabahasanya namun, kurang gramatis) | Tatabahasa | 05.09.2012 |
Salam 1Malaysia, Frasa 'belajar kepada seseorang' dan 'menuntut ilmu kepada seseorang' yang saya temukan dalam Kamus Dewan agak mengelirukan saya. Persoalannya, adakah kata sendi nama 'kepada' mematuhi sistem bahasa baku? Jika betul, apakah maksudnya? Sekian, terima kasih. KAY SEVEN | Berdasarkan laman ini, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kepada+seseorang , tiada ditulis ayat "belajar kepada seseorang" dan menuntut ilmu kepada seseorang" sebagaimana yang didakwa oleh saudara. Sendi nama yang sesuai untuk ayat tersebut ialah "daripada" --> Belajar daripada seseorang. Menuntu ilmu daripada seseorang. | Lain-lain | 15.04.2014 |
Puan Hasnah (memasakkan) lauk-pauk ini untuk (meraikan) kepulangan anaknya yang (menuntut) di luar negara. "memasakkan" perlu tukar ke "memasak"? ayat ini ada salah tak? Jika salah, sila menerangkan sebab Terima kasih | Kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan membawa beberapa maksud tertentu, antaranya maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertamanya objek bernyawa. Contohnya perkataan yang tuan berikan "memasakkan" menjadi “Puan Hasnah memasak lauk-pauk ini untuk meraikan kepulangan anaknya yang menuntut di luar negara”. | Tatabahasa | 01.11.2021 |
1.Rakyat Malaysia menuntut kemerdekaan daripada penjajah British.Soalan :Adakah dalam ayat tersebut mengandung unsur keterangan? 2.Apakah erti 'isofogos'? TQVM DBP | 1. Ayat tersebut ialah ayat penyata, menyatakan tentang kemerdekaan bukan menerangkan tentang peristiwa kemerdekaan. 2. Isofogos tidak ada dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 02.11.2011 |