Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon khidmad nasihat untuk terjemahan perkataan 'Pendakwah' atau 'Mubaligh' khususnya kepada pendakwah atau mubaligh Muslim ke dalam Bahasa Inggeris. Contoh ayat seperti berikut:- Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. According to traditional oral stories, centuries ago, missionaries sailed throughout the Malay archipelago to spread Islam. Adakah terjemahan perkataaan yang paling sesuai untuk ayat di atas. Cadangan : Muslim Preacher / Missionaries / Scholar Kerjasama dan khidmad nasihat dari pihak DBP amatlah di harapkan. Terima kasih

Perkataan Missionaries telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penyebar agama. Cadangan kami supaya dimasukkan teks “muslim” atau “Islam” di hadapan perkataan Missionaries.

Istilah18.03.2022
Salam. Apakah yang dimaksudkan dengan karya fiksyen sains?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, fiksyen bermaksud karya sastera yang dicipta daripada imaginasi seperti novel dan cerita pendek, cereka; 2. cerita yang diada-adakan; memfiksyenkan menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi.

Daripada definisi tersebut, karya fiksyen sains bolehlah ditakrifkan sebagai karya sastera seperti novel dan cerita pendek yang  bertemakan/berkaitan dengan sains.
Makna19.05.2015
Apakah terjemahan perkataan bagi 'spoiler' berdasarkan ayat berikutnya? "Aku nak tahu 'spoiler' cerita tu."Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud "spoiler" ialah pengacauMakna01.08.2021
Saya nak sentuh semula tentang "Akhir sekali" dan "Akhirnya". Ramai yang mengatakan bahawa "Akhirnya" digunakan dalam format cerita. Apa pendapat pihak tuan?Menurut Kamus Dewan edisi keempat, 'akhirnya' bermaksud kesudahannya yang lazimnya digunakan dalam cerita.Tatabahasa26.02.2007
apakah maksud 'gubahan kata' dan adakah 'singgahsana' dan 'mengenalpasti' perlu dijarakkan.Menurut Kamus Dewan, gubahan merujuk kepada karangan (cerita dll),ciptaan lagu, atau cerpen. Gubahan kata merujuk kepada kata yang ditulis kebiasaannya penuh gramatis dan menarik. Singgahsana dieja satu perkataan manakala mengenal pasti pula dieja dua perkataan.Lain-lain29.09.2007
BAHASA KIASANMenurut Kamus Dewan, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain. Kiasan juga bermaksud ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan. Bahasa kiasan ialah bahasa yang digunakan untuk membuat perbandingan terhadap sesuatu dengan cara yang lebih menarik.Untuk memehami pengertian bahasa kiasan, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP. Terima Kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Makna18.12.2006
Apakah perbezaan istilah "SINOPSIS" dengan " Ringkasan "?

Menurut Kamus Dewan, sinopsis bermaksud ringkasan yang memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar. Ringkasan bermaksud 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll);  2. kependekan.  Berdasarkan maksud yang diberikan di atas, sinopsis dan ringkasan mempunyai maksud yang sama.

 

Makna30.01.2011
Assalamualaikum. Boleh tak terangkan maksud kiasan berkacau?Menurut Kamus Dewan, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain. Kiasan juga bermaksud ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan. Kiasan berkacau tiada dalam pangkalan data kami.Makna17.07.2014
maksud austrik dan filem.Menurut data kami, perkataan filem ialah 1 benda tipis yang dibuat daripada seluloid dan dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dalam bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha untuk ~ kisah itu. perfileman segala hal tentang filem: masalah ~. Tiada maklumat berkaitan dengan perkataan austrik dalam data kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=filem&d=1Makna24.12.2015
adakah betulkah penggunaan kata panggilan untuk buaya-Sang Bedal dan kura-kura-Sang Rangkak?sekiranya salah apakah panggilannya yang betul?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya. Untuk makluman, DBP tidak mempunyai satu senarai yang khusus tentang nama yang patut diberikan kepada binatang seperti Sang Bedal untuk buaya atau Sang Rangkak untuk kura-kura. Oleh itu, puan boleh memberikan sebarang nama bergantung pada kesesuaian.Lain-lain16.04.2011
12

Kembali ke atas