Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Kapal besar ditunda jongkong.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di antara ayat " Saya Yang Menurut Perintah" dan "Saya Yang Menjalankan Tugas" yang manakah lebih sesuai untuk kegunaan rasmi dan dalam keadaan apakah kedua-keduanya sesuai digunakan. Ada yang menyatakan "Saya Yang Menurut perintah" hanya sesuai untuk kegunaan rasmi sahaja dan "Saya Yang menjalankan tugas " untuk kegunaan tidak rasmi Cth: menulis surat kepada ibu bapa sdan lain-lain. Terima kasih.Lazimnya penggunaan rasmi dalam kalangan penjawat awam kini ialah "Saya Yang Menurut Perintah". Frasa "Saya Yang Menjalankan Tugas" banyak digunakan dalam buku/edaran tentang penulisan surat rasmi.Lain-lain29.01.2013
Saya ingin pencerahan, ayat "saya yang menurut perintah" dalam penulisan surat rasmi merujuk kepada perintah siapa? Adakah perintah Kerajaan atau perintah DYMM Raja atau DYMM Sultan? Soalan ini pernah ditanya kepada saya semasa proses temuduga pekerjaan... Terima kasihUngkapan "Saya yang menurut perintah" bermaksud perintah pegawai atasan kita. Dalam konteks penjawat awam berkemungkinan merujuk perintah ketua organisasi kita dan ketua kita menurut perintah pegawai yang lebih tinggi hinggalah Ketua Setiausaha Negara.Tatabahasa11.03.2015
SALAM SEJAHTERA MOHON PERTANYAAN PENGGUNAAN PINGAT KEBESARAN KEPADA PANGGILAN NAMA KETUA JABATAN PADA PENGAKHIRAN SURAT RASMI SEPERTI BERIKUT : Saya yang menurut perintah, ................................................... (MOHD KHAIRUDDIN BIN MD. SOM A.M.N, A.M.S) @ (MOHD KHAIRUDDIN BIN MD. SOM) A.M.N, A.M.SSaya yang menurut perintah,
...................................................
(MOHD KHAIRUDDIN BIN MD. SOM, AMN, AMS)  - italikkan ejaan nama pingat
Tatabahasa21.04.2015
Adakah terma "Yang benar" dan "saya yang menurut perintah" dibenar untuk digunakan sebagai pengakhiran surat (signing off) di dalam surat-surat rasmi kerajaan? Jika dibenarkan, keadaan yang bagaimanakah kedua-dua terma itu dibenar untuk digunakan? Apakah yang membezakan kaedah penggunaannya? Berikut adakah cadangan yang digariskan: Adakah sesuai? Penggunaan signing off “Saya yang menjalankan tugas”: 1. Surat berbentuk hebahan penguatkuasaan seperti Pekeliling, Garis Panduan dan Peraturan yang sedang atau akan dilaksanakan 2. Surat berbentuk peringatan seperti makluman penting, teguran dan tindakan tatatertib 3. Surat berbentuk maklumbalas atau penjelasan kepada pihak atasan seperti Pengurusan Universiti, Kementerian dan pihak berkepentingan. Penggunaan signing off “Yang benar”: 1. Surat berbentuk umum seperti memohon penajaan, kelulusan program, rayuan dan pelantikan. 2. Surat jemputan seperti menghadiri Mesyuarat dan Program Rasmi Universiti 3. Surat penghargaan dan ucapan tahniah 4. Memo edaran dalaman Jabatan – Ketua Jabatan kepada kakitangan jabatan masing-masing Mohon pandangan dan nasihat daripada pihak Tuan. Terima kasih.Kedua-dua klausa ini "Saya yang menurut perintah" dan "Saya yang menjalankan tugas" adalah betul. Pemilihan penggunaan penutup surat rasmi  bergantung kepada organisasi masing-masing, tidak tertakluk pada konteks penggunaan dan tajuk surat. Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai garis panduan dalaman tersendiri, dan kami menggunakan klausa "Saya yang menurut perintah". Sekiranya oraganisasi tuan berhasrat menggunakan klausa "Saya yang menjalankan tugas", itu merupakan gaya surat rasmi tersendiri organisasi tuan. Adapun klausa "Yang benar" lazimnya digunakan dalam surat tidak rasmi.Tatabahasa26.09.2016
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi frasa "Saya yang menurut perintah" yang terdapat pada semua surat rasmi kerajaan? Adakah "Yours faithfully" atau "I remain your obedient servant" yang sesuai? Jika kedua-duanya tidak sesuai, mohon pendapat DBP. Sila tambahkan frasa ini ke pangkalan data DBP juga untuk rujukan umum. Terima kasih.Tidak ada padanan "Saya yang menurut perintah" dalam pangkalan data kami. Frasa tersebut digunakan dalam surat rasmi kerajaan dan surat rasmi kerajaan ditulis dalam bahasa Melayu. Jika ada keperluan menyediakan salinan berbahasa Inggeris bersama salinan berbahasa Melayu seperti surat kepada pejabat kedutaan, pada pandangan kami tidak menjadi suatu kesalahan untuk mengekalkan frasa tersebut kerana bukan kandungan utama surat. Penyemakan dan penterjemahan03.03.2015
Organisasi saya bercadang menggunakan penutup surat rasmi dengan klausa berikut "Saya yang menjalankan tugas" berbanding amalan sebelum ini "Saya yang menurut perintah". Pohon pandangan.Kedua-dua klausa ini betul dari segi bahasanya.  Pemilihan penggunaan penutup surat rasmi  bergantung kepada organisasi masing-masing. Kedua-duanya boleh digunakan. Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai garis panduan dalaman tersendiri, dan kami menggunakan klausa "Saya yang menurut perintah". Sekiranya oraganisasi tuan berhasrat menggunakan klausa "Saya yang menjalankan tugas", itu merupakan gaya surat rasmi tersendiri organisasi tuan.Lain-lain09.06.2015
Salam sejahtera, Tuan. 1. Apakah perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu? 2. Serangga yg berwarna-warni hinggap pada bunga itu dipanggil rama-rama @ kupu-kupu? 3. catur Cina @ catur cina? Huruf c bagi perkataan "cina" sepatutnya huruf besar @ kecil? 4. Ampun, tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. @ Ampun tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. ( selepas perkataan ampun sepatutnya letakkan tanda koma atau tidak) Terima kasih atas penjelasan Tuan.1. Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. 

2. Dalam konteks ini, nama yang lebih tepat ialah kupu-kupu.

3. Cina perlu dieja dengan huruf besar.

4. Ayat yang betul ialah: Ampun tuanku, patik akan menurut perintah tuanku. (koma selepas tuanku dan tidak perlu noktah)
Tatabahasa29.08.2020
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya berkaitan surat kiriman rasmi. Apakah perbezaan penggunaan antara ; Saya yang menurut perintah' dengan 'Saya yang menjalankan tugas'? Terima kasih.Kedua-dua frasa tersebut sama maknanya, sebagai penjawat awam mereka perlu mengikut perintah menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Penggunaan mana-mana frasa adalah bergantung pada pekeliling yang dikeluarkan oleh sesuatu jabatan.Tatabahasa20.09.2011
Saya ingin bertanya penggunaan "Saya yang menjalankan tugas" dalam surat rasmi pada bahagian akuan diri sebelum tandatangan. Menurut seorang Munsyi Dewan semasa saya berkursus penulisan surat rasmi beliau menjelaskan "Saya yang menjalankan tugas" hanya digunakan oleb Ketua Setiausaha Negara sahaja. Namun kemunsyikilan saya dalam buku teks kelas Peralihan terdapat satu surat rasmi yang tulis oleh murid menggunakan "Saya yang menjalankan tugas". Mohon pihak tuan dapat memberi penjelasan tentang perkara ini supaya saya tidak mengajar perkara yang salah pada murid-murid saya. Terima kasih.Lazimnya penggunaan rasmi dalam kalangan penjawat awam ialah "Saya Yang Menurut Perintah". Walau bagaimanapun frasa "Saya Yang Menjalankan Tugas" banyak digunakan dalam buku/edaran tentang penulisan surat rasmi. Oleh hal yang demikian, jika ada organisasi yang menggunakan frasa tersebut dalam surat, bukanlah suatu kesalahan.Tatabahasa19.09.2015
Hairi Jamil Assalamualaikum... Saya nak bertanyakan soalan Bagaimanakah cara dan prosedur untuk memohon penggunaan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Dan dengan siapa kami perlu berhubung untuk tempahan Terima kasihWaálaikummussalam.... Penggunaan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka adalah di bawah kendalian Bahagian Pentadbiran Am. Sebarang permohonan sewaan hendaklah dibuat secara bertulis dan dialamatkan kepada Ketua Bahagian Pentadbiran Am, Aras 14, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50640 Kuala Lumpur. 2. Maklumat yang perlu dimasukkan dalam surat permohonan adalah: i) Nama Majlis ii) Waktu Penggunaan iii) Senarai Keperluan Peralatan semasa majlis berlangsung 3. Berikut kadar Sewaan bagi Auditorium DBP: Deposit penyewaan : RM500.00 Untuk Tempoh setiap jam : I) Hari Bekerja = RM500.00 ii) Hari Cuti Umum = RM 625.00 Pakej penggunaan 8 jam : I) Hari bekerja = RM4,000.00 ii) Hari Cuti Umum = RM5,000.00 Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di talian 03-21479708. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "BAHASA JIWA BANGSA" Saya yang menurut perintah, (ZAWIYAH BINTI ABD KARIM) Penolong Pegawai Tadbir (N27) Bahagian Pentadbiran Am, Dewan Bahasa dan Pustaka. b.p. Ketua Bahagian Pentadbiran Am.Lain-lain29.05.2014
123

Kembali ke atas