TUAN / PUAN Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya ATAU Kita harus memadam suis televisyen setelah selesai nemontonnya | Ayat yang gramatis ialah Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya. | Tatabahasa | 03.11.2016 |
Soalan : Apabila hari mulai hujan, saya telah menutup semua tingkap dan pintu. Apakah jawapan yang sesuai? Apabila hari mulai hujan, semua tingkap dan pintu telah saya tutup. Atau Semua tingkap dan pintu telah saya tutup apabila hari mulai hujan. | Ayat asal ayat ini ialah Saya menutup semua tingkap dan pintu apabila hari mulai hujan. Apabila disongsangkan ayat ini menjadi Apabila hari mulai hujan, saya menutup semua tingkap dan pintu. | Tatabahasa | 05.08.2015 |
Jika 'pusat membeli-belah' salah dan seharusnya 'pusat beli-belah', adakah 'zon menutup aurat/ ruang menunggu/ sekolah memandu' harus menjadi 'zon tutup aurat/ ruang tunggu/ sekolah pandu'? | Zon menutup aurat, ruang menunggu, sekolah memandu boleh digunakan kerana pengunaannya telah mantap. | Tatabahasa | 01.04.2019 |
Apakah jawapan ayat pasif bagi soalan berikut? Apabila hari mulai hujan, saya telah menutup semua tingkap dan pintu. Terima kasih. | Frasa yang boleh dipasifkan ialah "saya telah menutup semua tingkap dan pintu" menjadi "semua tingkap dan pintu saya tutup". | Tatabahasa | 04.08.2015 |
Tuan, Ibu menutup lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu. Penggunaan terbuka dalam ayat betul atau salah ? | Perkataan terbuka tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Terbuka bermaksud terdedah. Ayat tersebut boleh dipinda menjadi "Ibu menutup suis lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu". | Tatabahasa | 01.08.2013 |
Saya tidur dengan tingkap terbuka. Adakah ayat ini bermaksud saya tidur tanpa menutup tingkap? | Ayat “Saya tidur dengan tingkap terbuka.” membawa maksud yang sama dengan ayat “Saya tidur tanpa menutup tingkap." | Tatabahasa | 03.06.2024 |
Salam sejahtera Malaysia. Soalan : Kita juga perlu menutup paip air semasa menggosok gigi. Hal ini penting supaya air tidak DIBUANG / TERBUANG begitu sahaja. Bagi ayat di atas, sila tanya yang manakah jawapan adalah betul atau lebih sesuai? Terima kasih. | Kita juga perlu menutup paip air semasa menggosok gigi. Hal ini penting supaya air tidak terbuang begitu sahaja. Lihat PRPM, terbuang bermaksud sia-sia. | Tatabahasa | 01.01.2023 |
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana? | Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata."). | Ejaan | 19.03.2012 |
Tuan, Yang mana satukah betul? Majlis Perasmian Penutup atau Majlis Perasmian Penutupan? | Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll. | Tatabahasa | 21.10.2010 |
Salam sejahtera Malaysia. Soalan : Kita juga perlu menutup paip air semasa menggosok gigi. Hal ini penting supaya air tidak DIBUANG / TERBUANG begitu sahaja. Bagi ayat di atas, sila tanya yang manakah jawapan adalah betul atau lebih sesuai? Terima kasih. | Perkataan membazirkan air lebih sesuai untuk digunakan dalam ayat ini. Cadangan kami: Kita perlu menutup pili air semasa menggosok gigi supaya tidak membazirkan air. Sila rujuk pautan di bawah untuk maksud perkataan bazir dan buang: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bazir https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=buang | Tatabahasa | 27.11.2020 |