Maaf, soalan saya tidak begitu jelas. Jika perkataan sain merupakan bahasa pasar, bagaimanakah pula dengan perkataan 'menyain'? Adakah perkataan 'menyain' juga merupakan bahasa pasar? Atau ia boleh diterima sebagai bahasa formal/baku (di mana ia akan diterima jika digunakan dalam karangan atau dalam surat formal) | Tuan, Jika perkataan "sain" merupakan bahasa pasar atau bahasa percakapan, maka perkataan "menyain" juga merupakan bahasa pasar atau bahasa percakapan. Oleh itu, perkataan "menyain" tidak boleh digunakan dalam penulisan formal. | Tatabahasa | 24.02.2015 |
Jika perkataan sain merupakan bahasa pasar, bagaimanakah pula dengan perkataan 'menyain'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "menyain" ialah "menurunkan tandatangan, menanda-tangani". | Tatabahasa | 24.02.2015 |