| Bolehkah saya terjemahkan 'coffee time' kepada waktu berkopi? | “Coffee time” dalam istilah pentadbiran perniagaan diberikan padanan “waktu rehat” iaitu, waktu berehat yang pendek pada waktu pagi atau petang yang menyajikan kopi atau teh dan makanan ringan. Lagipun, secara amalannya, ada pelbagai jenis minuman bukan sahaja kopi yang boleh diminum masa rehat, maka ‘waktu berkopi’ sangat harfiah terjemahannya. | Istilah | 09.04.2014 |
| Salam sejatera, Ayat yang berikut saya petik daripada saolan PMR. Ibu MENGACU biskut cip coklat kegemaran kami kami sekeluarga. Ayat tersebut salah dari segi penggunaan kata MENGACU. Selain kata MENGHIDANGKAN, apakah kata lain yang dapat menggantikan kata MENGACU dalam ayat di atas? Terima kasih | Perkataan lain yang sesuai untuk menggantikan kata menghidangkan ialah menyajikan atau menyediakan makanan. Mengacu bermaksud membentuk (kuih, peluru, dll) dgn menuang bahan cecairnya ke dlm sesuatu bekas atau acuan. Melihat konteks ayat yang diberikan kata menghidangkan atau menyajikan lebih sesuai digunakan. Namun, saudara perlu merujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui guru di sekolah untuk mendapatkan jawapan bagi soalan tersebut. | Tatabahasa | 18.10.2011 |
| Apakah yang dimaksudkan dengan 'kertas ilmiah'? | ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah. Kertas ilmiah ialah kertas yang bersifat akademik. Kertas ini menyajikan gagasan, deskripsi atau pemecahan masalah secara sistemis, yang dibentangkan secara objektif dan jujur, menggunakan bahasa baku serta didukung oleh fakta, teori, atau bukti empirik. | Lain-lain | 27.10.2014 |
| Ayat manakah yang betul? 1. Zaiton hidang pelbagai jenis juadah di atas meja. 2. Zaiton menghidang pelbagai jenis juadah di atas meja. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. Menurut Kamus Pelajar, perkataan hidang sama dengan menghidangkan iaitu menyediakan (makanan atau minuman di meja dan lain-lain); menyajikan. | Tatabahasa | 20.05.2013 |
| kami ingin menterjemahkan "Bringing you the taste of home for 100 years. berikut adalah cadangan terjemahan. - Membawa citarasa rumah kepada anda selama 100 tahun jika terjemahan yang dicadangakan adalah kurang tepat, mohon terjemahan yang betul. terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "bringing you the taste of home for 100 years" ialah menyajikan keenakan sajian sejak 100 tahun bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 27.07.2022 |