"Mereka menyaksikan pertandingan di televisyen","Mereka menyaksikan pertandingan pada televisyen". Ayat manakah yang betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Mereka menyaksikan pertandingan di televisyen" | Lain-lain | 25.10.2014 |
Keistimewaanku, menyaksikan 2014 FIFA World Cup. Tiketku, memiliki Sony Xperia Z2. (Ayat daripada client: Tiketku, dengan memiliki Sony Xperia Z2). Kelebihanku, menimatinya hanya dengan Celcom First. | Keistimewaanku, ialah 2014 FIFA World Cup. Tiketku, ialah Sony Xperia Z2. (Ayat daripada client: Tiketku, dengan memiliki Sony Xperia Z2). Kelebihanku: Celcom First. | Tatabahasa | 21.05.2014 |
selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____ keluar dari Stadium Bukit Jalil. soalan saya ialah jika pilihan jawapan ada berbondong-bondong dan berpusu-pusu, yang manakah harus dipilih sedangkan kedua-dua jawapan mempunyai maksud yang sama iaitu berduyun-duyun? yang manakah lebih tepat dan mengapa??? | Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Sebagai contoh lain: Kelihatan kereta di atas jalan raya itu bertali arus sejak petang tadi. Frasa bertali arus digunakan bagi menggambarkan keadaan kenderaan yang banyak dalam keadaan bergerak.Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong, berpusu-pusu dan bertali arus, semuanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai dan bilangan kenderaan yg banyak. Tidak salah menggunakan frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu tersebut. T.kasih. | Makna | 06.08.2008 |
1.Kami (menyaksikan sambutan) Hari Kemerdekaan. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
Adakah ayat berikut betul atau tidak? Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi yang beruara emas itu. | Ayat yang betul ialah Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi itu. | Tatabahasa | 08.08.2010 |
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. | Berikut ayat yang betul setelah dipinda; 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Ahmad dan Navin menonton pertunjukan udara. atau Ahmad dan Navin menyaksikan pertunjukan udara. ( Gambar yang ditunjukan mereka tengok secara langsung, bukannya di TV. | Kedua-dua ayat adalah betul. Mengikut Kamus Dewan: menyaksikan | 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; membenarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti. | menonton | menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola; | | Lain-lain | 21.09.2014 |
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. 2. Doktor Syaza menjalani pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang. | Berikut ayat yang telah diperbaik: 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan. 2. Doktor Syaza menjalankan pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
kami terpesona apabila menyaksikan kelincahan ahli-ahli akrobatik berjalan di atas tali yang dirennggangkan. tuan, mengapakah buku rujukan mengatakan kelincahan adalah salah? | Kelincahan bermaksud perihal lincah. Antara maksud lincah ialah cergas, giat, pantas, tangkas dan rancak. Oleh itu, mana mungkin perihal sifat tersebut dapat dilaksanakan di atas tali yang direnggangkan. Apa yang dapat menggambarkan hal keadaan tersebut ialah keberanian atau perbuatan lain yang dilakukan dengan berhati-hati. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
Suara penyanyi rock itu sungguh menghiburkanpara penonton yang menyaksikan konsert itu. Garau/Lantang | Dalam konteks ayat tersebut, perkataan lantang lebih sesuai digunakan berbanding garau kerana bermaksud kuat dan jelas. Manakala garau pula bermakna kasar dan besar | Makna | 17.08.2016 |