Menyalahgunakan, atau menyalah gunakan? Dan perkataan salah guna boleh ditulis "salahguna" atau tidak? | Salam sejahtera, Ejaan yang betul ialah menyalahgunakan. Ejaan yang betul ialah salah guna (dieja jarak). Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. | Tatabahasa | 21.06.2020 |
Salam... saya ingin membuat aduan berkenaan terdapat individu yang menggunakan nick kakikuDibibirmu menyalahgunakan menggunakan laman web carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk tujuan jenaka yang melampau dan memalukan. Sila rujuk laman web ini http://forum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=808430 untuk melihat perkara yg saya bangkitkan ini. Sekiranya pihak DBP menganggap perkara yg dilakukan oleh individu tersebut tidak mengganggu dan menjatuhkan mertabat DBP saya memohon maaf. Terima kasih | Terima kasih atas maklumat yang puan salurkan dan DBP akan menyiasat perkara ini. | Lain-lain | 06.06.2014 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Kesimpulannya,kelas tuisyen mempunyai kebaikan dan keburukan terserah kepada anak.Niat ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial sebenarnya baik tetapi beberapa anak telah menyalahgunakan peluang ini.Oleh itu,ibu bapa perlu berfikir dahulu dan mendengar keinginan anak-anak sebelum menghantar mereka ke kelas tuisyen.Ibu bapa tidak harus lepas tangan terhadap anak-anak dan perlu mengawasi gerak-geri anak-anak walaupun telah menghantar mereka ke kelas tuisyen. | Dalam ayat pertama lagi "Kesimpulannya, kelas tuisyen mempunyai kebaikan dan keburukan terserah kepada anak" mengandungi kesalahan. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.
| Tatabahasa | 29.09.2015 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Kesimpulannya,kelas tuisyen mempunyai kebaikan dan keburukan terserah kepada anak.Niat ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial sebenarnya baik tetapi beberapa anak telah menyalahgunakan peluang ini.Oleh itu,ibu bapa perlu berfikir dahulu dan mendengar keinginan anak-anak sebelum menghantar mereka ke kelas tuisyen.Ibu bapa tidak harus lepas tangan terhadap anak-anak dan perlu mengawasi gerak-geri anak-anak walaupun telah menghantar mereka ke kelas tuisyen. | Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
Bagaimanakah perkataan gabungan seperti berikut ditulis? 1) menyalah gambarkan 2) menyalah sampaikan 3) menyalah gunakan Sebagai 2 perkataan atau dengan sengkang atau digabungkan? | Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Oleh itu, ejaan yang betul ialah menyalahgambarkan, menyalahsampaikan dan menyalahgunakan. | Ejaan | 29.07.2011 |
Assalammualaikum. Saya berasa senang hati kerana adanya laman ini untuk kemudahan pelajar mahupun penuntut institusi. Lebih - lebih lagi pada saya, seorang calon PMR. Tujuan saya menulis surat ini kerana ingin bertanyakan soalan mengenai penggunaan ayat. Soalan adalah seperti: a. Mengapa DI KALANGAN ditukar menjadi DALAM KALANGAN? b. Mengapa JUSTERU ITU ditukar menjadi JUSTERU? Walauapa - apapun, terdapat banyak ayat yang ditukar. Walaupun guru sudah menjelaskan dan menerangkan, pasti masih ada yang tertinggal dan pelajar mungkin ketinggalan dalam penggunaan ayat. Mengapa Kementerian Pelajaran tidak membuat sebuah buku yang membolehkan pelajar membuat rujukan terkini. Semoga dengan terjawabnya soalan ini, Kementerian Pelajaran dapat menitikberatkan pelajaran para pelajar. Sekian, terima kasih. | Saudara Haziq, Kata sendi 'di' digunakan pada frasa ynag menunjukkan tempat. Perkataan 'kalangan' merujuk lingkungan bukan tempat. Oleh yang demikian, frasa 'dalam kalangan' lebih tepat digunakan. Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah pedoman atau tatabahasanya yang akan dijadikan pegangan bagi memastikan bahawa sistem bahasa kita kukuh dan sempurna. Oleh itu perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa adalah untuk tujuan pemantapan dan penyempurnaan sistem bahasa kita. Bagi perkataan 'justeru' pula, tidak berlaku perubahan dari segi penggunaan 'justeru itu' kepada 'justeru' kerana sememangnya selama ini perkataan ini digunakan. Hanya terdapat sesetengah masyarakat pengguna bahasa yang keliru dan menyalahgunakan frasa 'justeru itu' bagi maksud 'justeru'. Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi di bawah Kementerian Pelajaran telah pun menerbitkan beberapa buku rujukan bahasa antaranya buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 15.03.2010 |