Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.lai] | مڽالاءي

Definisi : 1. mengeringkan (mengasapi, me-manggang) di atas api: ibunya sedang ~ daging; getah itu dikerjakan terus sehingga lahirlah getah yg berkeping-keping dan disalai di rumah asap; 2. memanaskan badan dekat api (bagi perempuan yg baru bersalin); 3. memasang lampu (damar dll): kemudian dian pula yg disalai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.lai] | مڽالاءي

Definisi : memasang supaya menyala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.lai] | مڽالاءي

Definisi : 1 meletakkan di atas api supaya kering; mengeringkan di atas api: Ibunya telah ~ ikan yg ditangkapnya. 2 memanaskan badan di atas api (bagi orang yg baru bersalin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salai
Kata Terbitan : bersalai, menyalai, tersalai, penyalaian, salaian, penyalai,

Puisi
 

Rumahnya kecil paranya lima,
     Tempat menyalai ikan tenggiri;
Adik kecil abang bertanya,
     Berapakah harga intan di sini?


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong jelaskan perbezaan antara memanggang,membakar dan menyalai.Terima kasih

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memanggang bermaksud memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api. Membakar bermaksud 1. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang. 2. Memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dll) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar. Menyalai bermaksud mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api. Berdasarkan penerangan di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. 

Makna01.04.2011
Pak Dollah ( memanggang / membakar / mendiang / menyalai ) beberapa ratus cucuk sate di pasar malam untuk mencari rezeki. Jawapan yang mana betul?

Salam sejahtera,

Membakar
bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate.

Tatabahasa16.11.2012

Kembali ke atas