1.Anak anjing yg baru lahir itu menyalak kesejukan....anak anjing menyalak digantikan dgn menciap boleh diterima atau tidak 2.Sultan berangkat ke dalam istana dengan diiringi hulubalang hulubalang yang membawa .........kebesaran diraja. Iram-iram atau panji panji... | Perkataan menciap ialah bunyi untuk anak ayam/burung. Oleh yang demikian, perkataan menciap tidak sesuai digunakan untuk bunyi bagi anak anjing. Perkataan yang betul ialah Sultan berangkat ke dalam istana dengan diiringi hulubalang-hulubalang yang membawa panji kebesaran diraja. | Tatabahasa | 07.03.2019 |
1) Mengapakah anjing menyalak pada orang asing? atau 2) Mengapakah anjing menyalak terhadap orang asing? Ayat yang manakah lebih tepat? | Kedua-dua ayat yang diberikan kurang tepat. Ayat yang lebih gramtis ialah Mengapakah anjing menyalak apabila/ketika melihat orang asing? | Tatabahasa | 03.07.2018 |
apakah maksud peribahasa Di mana anjing menyalak, di situlah biawak memanjat? | Peribahasa "Di mana anjing menyalak, di situlah biawak memanjat" tidak terdapat dalam rujukan kami iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) dan Kamus Peribahasa (Abdullah Hassan) | Lain-lain | 23.06.2008 |
apakah maksud 'seperti enau ditarik songsang','seperti anjing menyalak bukit','seperti semut di tepi perigi','menangguk di air keruh'yang terakhir sekali'berpatah arang berkerat rotan' | Maksud peribahasa berpatah arang berkerat rotan ialah memutuskan tali persahabatan (persaudaraan). Untuk mengetahui makan peribahasa yang lain sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain dan Kamus Peribahasa Kontemporari yang di susun oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Harap maklum. | Lain-lain | 19.06.2008 |
Assalamualaikum tuan/puan, Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Kamus Dewan, berikut ialah perkataan yang sesuai bagi bunyi-bunyian haiwan: 1. Harimau mengaum 2. Anjing menyalak 3. Kucing mengiau 4. Burung berkicau 5. Ayam berkokok 6. Itik berkuek Apabila ditukarkan kepada sebuah objek (maaf jika saya tersilap istilah) seperti berikut; 1. Ngauman harimau 2. Salakan anjing 3. Ngiauan kucing 4. Kicauan burung 5. Kokokan ayam 6. "Kuekan" itik Adakah benar perkataan "kuekan" bagi itik seperti di atas? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'ber' bagi ayat seperti, "anjing bersalak"? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'me' bagi ayat seperti, "burung mengicau", "ayam mengokok" dan "itik menguek"? Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam puan, Penggunaan imbuhan yang mantap dan betul bagi bunyi-bunyian haiwan ialah harimau mengaum, anjing menyalak, kucing mengiau, burung berkicau, ayam berkokok dan itik berkuek. Ngauman harimau, salakan anjing, ngiauan kucing, kicauan burung dan kokokan ayam merupakan ayat pasif. Walau bagaimanapun, tiada perkataan kuekan, bersalak, mengicau, mengokok, menguek bagi bunyi-bunyian haiwan dalam entri kamus pihak kami dan adalah lebih baik jika pihak puan dapat menggunakan imbuhan yang telah mantap dan betul seperti yang disebutkan di atas. | Tatabahasa | 25.01.2018 |
di laman web manakah saya boleh dapatkan makna sesuatu peribahasa itu sebelum saya mendapatkan peribahasanya??? | Sila masuk ke Khidmat Nasihat DBP, klik pada carian kata, masukkan sebarang peribahasa (contoh: anjing menyalak bukit) pada ruangan yang disediakan dan pilih kategori (semua). | Lain-lain | 08.09.2007 |
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih | 1. Boleh digunakan juga perkataan minda 2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja. 3. tempoh 4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya | Tatabahasa | 06.10.2010 |