Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
salak (kata nama)
Bersinonim dengan dengking, gonggong;,
Kata Terbitan : menyalak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Mengapakah anjing menyalak pada orang asing? atau 2) Mengapakah anjing menyalak terhadap orang asing? Ayat yang manakah lebih tepat?Kedua-dua ayat yang diberikan kurang tepat. Ayat yang lebih gramtis ialah Mengapakah anjing menyalak apabila/ketika melihat orang asing?Tatabahasa03.07.2018
1.Anak anjing yg baru lahir itu menyalak kesejukan....anak anjing menyalak digantikan dgn menciap boleh diterima atau tidak 2.Sultan berangkat ke dalam istana dengan diiringi hulubalang hulubalang yang membawa .........kebesaran diraja. Iram-iram atau panji panji...Perkataan menciap ialah bunyi untuk anak ayam/burung. Oleh yang demikian, perkataan menciap tidak sesuai digunakan untuk bunyi bagi anak anjing. Perkataan yang betul ialah Sultan berangkat ke dalam istana dengan diiringi hulubalang-hulubalang yang membawa panji kebesaran diraja.Tatabahasa07.03.2019
Assalamualaikum tuan/puan, Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Kamus Dewan, berikut ialah perkataan yang sesuai bagi bunyi-bunyian haiwan: 1. Harimau mengaum 2. Anjing menyalak 3. Kucing mengiau 4. Burung berkicau 5. Ayam berkokok 6. Itik berkuek Apabila ditukarkan kepada sebuah objek (maaf jika saya tersilap istilah) seperti berikut; 1. Ngauman harimau 2. Salakan anjing 3. Ngiauan kucing 4. Kicauan burung 5. Kokokan ayam 6. "Kuekan" itik Adakah benar perkataan "kuekan" bagi itik seperti di atas? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'ber' bagi ayat seperti, "anjing bersalak"? Dan, bolehkah digunakan imbuhan 'me' bagi ayat seperti, "burung mengicau", "ayam mengokok" dan "itik menguek"? Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam puan,

Penggunaan imbuhan yang mantap dan betul bagi bunyi-bunyian haiwan ialah harimau mengaum, anjing menyalak, kucing mengiau, burung berkicau, ayam berkokok dan itik berkuek.

Ngauman harimau, salakan anjing, ngiauan kucing, kicauan burung dan kokokan ayam merupakan ayat pasif.

Walau bagaimanapun, tiada perkataan kuekan, bersalak, mengicau, mengokok, menguek bagi bunyi-bunyian haiwan dalam entri kamus pihak kami dan adalah lebih baik jika pihak puan dapat menggunakan imbuhan yang telah mantap dan betul seperti yang disebutkan di atas.
Tatabahasa25.01.2018
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih

1. Boleh digunakan juga perkataan minda

2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja.

3. tempoh

4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya

Tatabahasa06.10.2010

Kembali ke atas