Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Bahasa, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa figuratif? Contoh ayat figuratif, bagaimana? 2. Ayat yang gramatis: Rakan-rakan guru diminta untuk menyalin nota itu. ATAU Rakan guru diminta untuk menyalin nota itu. Alasannya? 3. a) Sultan menamai tempat itu Melaka. (BETUL) b) Sultan menamakan Melaka untuk tempat itu. (SALAH) (Dipetik daripada Tatabahasa Dewan, halaman 394) Mohon penjelasan tentang perkara di atas. Terima kasih.

1. Bahasa figuratif, bermaksud bahasa yang mengandungi makna perkataan, rangkaikata dan sebagainya yang  bersifat abstrak dan imaginatif, berlainan daripada makna perkataan yang biasa, lazim dan harfiah, antaranya ialah ungkapan, frasa, perkataan yang memanfaatkann penggunaan bahasa kiasan, lambang, metafora dan sebagainya bagi menyatakan makna.

2. Kedua-dua ayat boleh digunakan. Rakan-rakan bermaksud banyak rakan dan rakan bermaksud rakan. Ayat lebih gramatis ialah "Rakan-rakan guru diminta untuk menyalin nota."

3. Berdasarkan muka surat yang dinyatakan, kekeliruan berkaitan Frasa Kerja dengan Dua Objek. Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja itu.  Objek-objek ini mempunyai fungsi yang berbeza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek sipi. Ayat ”Sultan menamai tempat itu Melaka”  mempunyai hanya satu objek  sahaja.  Bagi ayat kedua, ”Sultan menamakan Melaka untuk tempat itu” merupakan ayat kurang gramatis kerana Melaka hanya berfungsi sebagai penerang kepada objek iaitu tempat itu dan tidak boleh dijadikan objek tepat.

Tatabahasa24.02.2013
Salam sejahtera, 1.Murid-murid diingatkan agar memuat naik video ke / di Google Classroom. (sila beri pencerahan) 2.Murid-murid diminta menyalin karangan di / pada kertas kajang. (sila beri pencerahan). Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah Murid-murid diingatkan agar memuat naik video ke Google Classroom. Kata sendi nama "ke" digunakan untuk menunjukkan arah yang dituju dan berlakunya pergerakan.

2. Ayat yang betul ialah Murid-murid diminta menyalin karangan pada kertas kajang. Kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
Tatabahasa29.06.2021
Dalam setiap ayat di bawah ini , terdapat satu kesalahan bahasa.Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Segelintir murid-murid yang sedang merokok telah ditangkap oleh guru disiplin yang sedang berada di kawasan tandas. 2 Susu lembu yang dipelihara oleh Sarjit Singh telah dicuri oleh beberapa orang berdekatan dengan kampungnya. 3 Kementerian Pertahanan akan membeli senata yang canggih untuk memperteguhkan pertahanan negara.Dalam setiap ayat yang dikemukakan terdapat lebih dari satu kesalahan bahasa. Untuk rujukan berkaitan tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merangkumi pelbagai pedoman berkaitan penggunaan tatabahasa bahasa Melayu yang betul.Tatabahasa16.10.2017
Salam 1 Malaysia. Tuan/Puan, sila berikan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "burning" yang berasal dari perkataan "burn". Contoh ayat: Burning image file to the disc Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah menyalin.Istilah28.06.2016
Assalamualaikum, 1.Yang mana patut saya tulis, dimuat turun atau dicapai apabila saya menggunakan sumber internet sebagai rujukan dalam menyiapkan tugasan saya pada bahagian rujukan/bibliografi? 2. Adakah kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza?Memindahkan data atau menyalin data daripada Internet ke dalam fail komputer lain disebut memuat turun data, bukan capai/akses data, iaitu melihat data dalam komputer yang sama.Tatabahasa28.04.2012
1. Adakah perkataan-perkataan berikut betul imbuhannya: Pengoperasian, Pengwujudan, Mempastikan. Jika salah, apakah imbuhan yang betul. 2. Bagaimanakah mengeja perkataan pra persaraan atau prapersaraan atau pra-persaraan? Adakah terpakai untuk semua perkataan yang bermula dengan pra?

1. Pengoperasian tidak perlu diberikan imbuhan dan memadai dengan operasi sahaja kerana perkataan operasi bermaksud kegiatan, gerakan atau perjalanan sesuatu proses, alat dan sebagainya. Imbuhan yang betul bagi perkataan wujud ialah pewujudan bukannya pengwujudan, manakala perkataan mempastikan salah dan yang betulnya ialah memastikan kerana huruf "p" diawal perkataan pasti itu luluh apabila diberi imbuhan men-...kan. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya(homoganik) ialah m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya, pesan-memesan, pukul-memukul, tetap-menetap, tari-menari, karang-mengarang, kaji-mengkaji, salin-menyalin, dan sinar-menyinar.

2. Perkataan tersebut ditulis sebagai satu perkataan, iaitu prapersaraan kerana "pra-" ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa06.04.2009
Penggunaan perkataan "klon". Bolehkah "klon" digunakan untuk data, rekod atau maklumat seperti di bawah? a. Anda pasti untuk klon rekod ini? b. Rekod berjaya diklon. Jika tidak sesuai, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan "klon" dalam ayat-ayat di atas?

Perkataan “klon” tidak boleh digunakan untuk data, rekod atau maklumat kerana klon bermaksud produk yang dihasilkan menyerupai model asal dari segi fungsi, ciri dan sebagainya, yang biasanya berkualiti kurang baik.

Perkataan yang betul bagi contoh ayat yang diberikan ialah:
1. Anda pasti untuk menyalin rekod ini?
2. Rekod berjaya disalin.

Tatabahasa30.01.2023

Kembali ke atas