| Salam Mohon kerjasama menyalurkan pertanyaan ini kepada Pengarah Bahagian Sastera berkaitan pertanyaan susulan kepada Urus Setia PPSB mengenai bayaran tuntuntan elaun fasilitator PPSB P3 Kem Tegas Mesra Selama Perak. Setelah berjumpa Urus Setia dan Bahagian Kewangan di tingkat 27 Menara DBP pada 22.09.2010 dan pengakuan Ketua Fasilitor menyatakan borang telah dihantar di awal Ramadan iaitu seminggu selepas program diselesaikan oleh kami. Sehubungan dengan masalah yang sering berbangkit maka adalah diharapkan pengurusan DBP menyiasat siapa yang menyebabkan bayaran sering lewat. Harus juga diingatkan ada segolongan fasilitator adalah freelance bukan guru sekolah yang menghargai elaun yang disediakan oleh DBP maka janganlah ada pihak yang tak prihatin. Terima kasih menyediakan ruangan ini untuk kami bersuara secara tertutup dan masih menghormati DBP | Encik Sallehuddin, Pihak kami telah membuat semakan terhadap maklumat yang diberikan dan kami dapati borang tuntutan fasilitator PPsb Kem Tegas Mesra, Selama baru sahaj diterima pada 29 September. Pihak kami kini sedang memproses borang tuntutan tersebut dan berharap pembayaran dapat dibuat dengan kadar yang segera. Kami juga memohon maaf atas kesulitan ini. | Lain-lain | 01.10.2010 |
| Assalam, Tuan/Puan, Mohon jasa baik untuk menyalurkan maklumat berkaitan soalan yang saya lampirkan. Terima kasih. | Untuk makluman, pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan seperti yang diminta. Sungguhpun demikian ,tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4 atau melayari laman web kami iaitu, http://prpm.dbp.gov.my/, jika terdapat kemusykilan. | Lain-lain | 03.10.2018 |
| Semua Bahagian dan JUPEM Negeri hendaklah menyedia dan menyalurkan maklumat bencana melalui platform yang dibangunkan oleh JUPEM iaitu MyGeoServe. MyGeoServe perlu diitalic atau tidak? | Frasa "MyGeoServe" tidak perlu diitalik. | Lain-lain | 08.06.2023 |
| Syarikat kami akan menubuhkan persatuan yg dipanggil 'Social Coorperate Responsibility) yg mana persatuan ini berfungsi sbg Persatuan Sukarela/Committee yang dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan bantuan sebagai contohnya: orang kurang upaya, orang-orang tua, anak-anak yatim dsbnya. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik DBP untuk mencadangkan MOTTO yang berunsur murni untuk persatuan ini. Tolong cadangkan beberapa Motto dalam Bahasa English dan Bahasa Malaysia. Terima kasih. | Terima kasih kerana menggunakan khidmat nasihat bahasa, DBP dan akan berusaha membantu masalah bahasa/peristilahan yang dihadapi. Dalam hal ini, kami mencadangkan saudara menyediakan beberapa moto dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian perkataan yang digunakan. | Lain-lain | 05.08.2008 |
| pencemaran bahasa melayu? | Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan/puan terhadap isu bahasa Melayu. Ya, terdapat penggunaan bahasa rojak dalam lampiran yang disertakan. Pihak kami menyediakan perkhidmatan "Pantau Tegur Bahasa" untuk menyalurkan maklumat tentang perkembangan dan kesalahan penggunaan bahasa Melayu secara talian kepada DBP. | Lain-lain | 30.04.2013 |
| Saya berminat dalam penulisan buku pantun dan ingin menghantar karya saya. Tapi Bagaimana boleh saya hubungi pihat DBP? | Kami berpandangan elok kiranya tuan mengembangkan minat ini melalui penulisan dalam majalah. Tuan boleh menyalurkan karya melalui Editor Dewan Sastera (Encik Muhammad Fadhli Al-Akiti), melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.10.2015 |
| Terdapat kesalahan bahasa pada Laman Utama DBP iaitu: lain-lain bengkel sepatutnya bengkel-bengkel lain Harap dapat diperbaiki segera sebelum diaudit oleh khalayak pembaca. Terima kasih. | Teguran puan kami ambil maklum dan menyalurkan kepada bahagian berkenaan untuk diambil tindakan segera. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
| Dalam penulisan buku, perlukah dimasukkan kata sapaan YBhg. di hadapan gelaran kehormat seseorang yang bergelar, contohnya, Dato', ATAU memadai dengan menulis gelarannya sahaja. Contohnya: Penulis mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Dato' ABC yang sudi menyalurkan dana penyelidikan sebanyak RMXX bagi ......... | Lazimnya dalam penulisan buku, kata sapaan YBhg. digunakan untuk orang yang mempunyai gelaran Tan sri, Datuk Seri, Datuk, Dato', Datin dan lain-lain. Kita tidak perlu menggunakan YBhg. apabila menyapa nama jawatan seseorang: contohnya Ketua Pengarah sahaja, bukan YBhg. Ketua Pengarah, Kecuali jika kita menyapa namanya (yang ada gelaran Datuk), baru digunakan YBhg. Datuk.... | Lain-lain | 20.12.2018 |
| sila tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. 1. Encik Ali menjelaskan keputusan Mesyuarat Lembaga Disiplin kepada ahli-ahli persatuan. 2. Sejak dahulu lagi, pelumba-pelumba haram mempersendakan undang-undang negara. 3. Pihak berkuasa akan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa tanah runtuh baru-baru ini. terima kasih | Dalam proses. | Tatabahasa | 19.07.2010 |
| Cadangan untuk memperelok PRPM: tambahkan fungsi paparan penuh. Contohnya: bahagian peribahasa atau kamus bahasa melayu atau bahasa inggeris diperlihatkan sebagai satu senarai lengkap (ala-ala buku) supaya dapat dilayari sahaja tanpa buat pencarian. | Tuan/Puan, Kami mengambil maklum akan cadangan yang dikemukakan dan akan menyalurkan cadangan tersebut kepada bahagian yang bertanggungjawab. | Lain-lain | 15.03.2019 |