sila tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. 1. Encik Ali menjelaskan keputusan Mesyuarat Lembaga Disiplin kepada ahli-ahli persatuan. 2. Sejak dahulu lagi, pelumba-pelumba haram mempersendakan undang-undang negara. 3. Pihak berkuasa akan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa tanah runtuh baru-baru ini. terima kasih | Dalam proses. | Tatabahasa | 19.07.2010 |
Assalamualaikum, saya ingin mengemukakan 4 persoalan : 1. apakah rasionalnya memperkenalkan bahasa Melayu kepada etnik bukan Melayu di Malaysia dan apakah kelebihannya pada etnik tersebut dan oihak DBP? 2. melihat kepada isu PPSMI, banyak tentangan dan kritikan mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, seperti yang diketahui PPSMI telah dimansuhkan dan diganti dengan MBMMBI. persoalannya, melihat pada jangka masa yang panjang, apakah perkembangan bahasa Inggeris ini akan menjadi isu kepada pihak DBP? iaitu dalam membantu menyahut seruan MBMMBI. 3. apakah perjuangan bahasa vernakular (seperti bahasa Tamil dan Cina) menjadi cabaran kepada pihak DBP? 4. apakah pencemaran bahasa dari media massa seperti di dalam program televisyen dan akhbar-akhbar hiburan mampu mempengaruhi permartabatan bahasa Melayu? Tidak lupa diucapkan terima kasih atas kerjasama pihak DBP. | 1. Bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu jugalah sebagai bahasa pemersatu rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Oleh itu, bahasa Melayu mestilah digunakan dalam semua urusan rasmi dan program perpaduan. 2. Kami tidak menafikan kepentingan rakyat Malaysia menguasai bahasa Inggeris, namun pada masa yang sama rakyat Malaysia mestilah mempunyai jati diri, bukan setakat menguasai malah mencintai bahasa Melayu. Sebarang isu yang timbul akan diselesaikan oleh pihak yang berwenang dan DBP tetap memainkan peranannya untuk memartabatkan bahasa Melayu. 3. Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, bahasa-bahasa lain dibenarkan tetapi dalam urusan rasmi termasuklah hal pendidikan mestilah dilaksanakan dalam bahasa Melayu. 4. Media merupakan medium utama dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat di seluruh Negara. Justeru, penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul harus diamalkan. Apabila berlaku kesilapan bahasa dalam media, sedikit sebanyak turut menjejaskan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, tuan perlu membuat kajian dan pembacaan yang banyak. Soalan yang berbentuk tugasan sebegini tidak dapat diselesaikan dalam ruang yang terhad ini. | Lain-lain | 17.03.2014 |
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=suspense penggantungan: ~ of players is recommended for more serious violation of the rules, penggantungan pemain-pemain dicadangkan bagi pemain yg melanggar peraturan yg serius; n 1. a. postponement, temporary revocation, penangguhan: the disorder that forced the ~ of the meeting, kekacauan yg menyebabkan penangguhan mesyuarat itu; Pentafsiran ini salah. Perkataan yang betul ialah "suspension", bukan "suspense" | Salam sejahtera, Kami mengambil maklum akancadangan yang dikemukakan dan akan menyalurkan cadangan tersebut kepada bahagian yang bertanggungjawab. Terima kasih. | Lain-lain | 04.07.2020 |
Dalam penulisan buku, perlukah dimasukkan kata sapaan YBhg. di hadapan gelaran kehormat seseorang yang bergelar, contohnya, Dato', ATAU memadai dengan menulis gelarannya sahaja. Contohnya: Penulis mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Dato' ABC yang sudi menyalurkan dana penyelidikan sebanyak RMXX bagi ......... | Lazimnya dalam penulisan buku, kata sapaan YBhg. digunakan untuk orang yang mempunyai gelaran Tan sri, Datuk Seri, Datuk, Dato', Datin dan lain-lain. Kita tidak perlu menggunakan YBhg. apabila menyapa nama jawatan seseorang: contohnya Ketua Pengarah sahaja, bukan YBhg. Ketua Pengarah, Kecuali jika kita menyapa namanya (yang ada gelaran Datuk), baru digunakan YBhg. Datuk.... 1"> | Lain-lain | 20.12.2018 |