MENYAMPAIKAN MAKLUMAT TENTANG SEBUTAN PERKATAAN BAHASA MELAYU PENGACARA TV3 YANG MENYEBUT MENGIKUT BAHASA INGGERIS. | DBP MEMBUAT PROJEK PEMANTAUAN - JIKA ADA KESALAHAN - TULIS SURAT UNTUK MEMBERI KHIDMAT NASIHAT BAHASA. SEBUTAN BAHASA MELAYU SEPATUTNYA MENGIKUT EJAAN. | Lain-lain | 22.11.2010 |
menyampaikan taklimat | menyampaikan taklimat | Tatabahasa | 18.01.2012 |
Manakah satu ayat yang Betul? 1.Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. | Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. | Tatabahasa | 15.02.2010 |
Manakah anatara berikut adalah betul? A Puan Munah menyampaikan kursus induksi kepada pekerja baru. B. Puan Munah menyampaikan Kursus Induksi kepada para pekerja baharu. | Ayat yang lebih tepat ialah Puan Munah menyampaikan kursus induksi kepada pekerja baharu. | Tatabahasa | 27.12.2023 |
Manakah satu ayat yang betul dari segi penggunaan kata sendi? 1. Pegawai daripada Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. 2. Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. | Ayat yang betul ialah Pegawai dari Alam Flora telah menyampaikan taklimat itu. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. | Tatabahasa | 15.02.2010 |
Betul atau salah pembinaan ayat seperti berikut: Guru memberikan dan menyampaikan ilmu kepada kita. Adakah kedua-dua kata kerja transitif tersebut (memberikan dan menyampaikan) perlu disertai objek/penyambut ataupun kata kerja Transitif kedua sahaja perlu disertai objek?Tolong jelaskan. | Setiap kata kerja transitif memerlukan penyambut. Isunya di sini ialah dua ayat yang digabung menjadi satu, iaitu Guru memberikan ilmu kepada kita dan Guru menyampaikan ilmu kepada kita digabungkan menjadi Guru memberikan dan menyampaikan ilmu kepada kita. | Tatabahasa | 26.02.2012 |
Untuk maksud cara berpidato, manakah istalah paling tepat ? MENYAMPAIKAN PIDATO, ATAU PENYAMPAIAN PIATO ? | Untuk makluman, menyampaikan pidato atau penyampaian pidato bukan istilah khusus dan penggunaannya bergantung pada ayat. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah pidato (elocution/oration - bidang Kesusasteraan) dan pidato umum (public speaking). | Istilah | 22.05.2011 |
Assalamualaikum wbh. Mohon pencerahan untuk penambahbaikan struktur ayat berikut: Pelajar dapat menggunakan kemahiran komunikasi yang berkesan secara lisan dan penulisan untuk menyampaikan idea dan maklumat atau; Pelajar dapat menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan bertulis. Ayat yang mana lebih tepat penggunaannya? Terima kasih. | Cadangan kami, "Dengan kemahiran komunikasi yang berkesan, pelajar dapat menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan tulisan". | Tatabahasa | 07.02.2022 |
Baginda mencemar duli ke majils itu untuk menyampaikan ucapan sempena ulang tahun keputeraan baginda. Munsyi, apakah bahasa istana untuk menggantikan ucapan dalam ayat ini. TK | Bahasa diraja yang bermaksud menyampaikan ucapan ialah bertitah. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
1) Guru Besar menyampaikan ucapan pada perhimpunan pagi tadi. 2) Berikut disenaraikan barang yang diperlukan semasa aktiviti perkhemahan itu nanti. bolehkah tuan jelaskan kesalahan ayat-ayat di atas can pembetulan kepadanya? | 1) Guru besar menyampaikan ucapan dalam perhimpunan pagi tadi. 2) Berikut disenaraikan barang-barang yang diperlukan semasa aktiviti perkemahan itu nanti. | Tatabahasa | 12.07.2010 |