KENAPA "JEJAK LANGKAH" TIDAK BOLEH DIGUNAKAN? CONTOH AYAT: Mak Enon sama sekali tidak menyangka bahawa anaknya mengikut "jejak langkah" suaminya yang memang perokok tegar? | Perkataan "jejak langkah" boleh digunakan kerana ia merupakan simpulan bahasa yang bermaksud mengikut jejak. Oleh itu, penggunaannya dalam ayat yang diberi adalah betul. | Lain-lain | 23.07.2007 |
Tuan , saya ingin tahu manakah penyataan yang betul untuk ayat-ayat di bawah I Anak itu menyangka orang itu bapanya. II Adik menamai kucing itu Si Belang. i)Ayat di atas mengandungi dua objek. ii) Frasa (bapanya dan Si Belang) ialah penerang. iii) Kedua-dua ayat di atas dapat dipasifkan. iv) Kata kerja yang digunakan ialah kata kerja tak transitif. Mohon penjelasan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. | 1. Ayat tersebut masing-masing mengandungi satu objek. 2. Kata kerja yang digunakan ialah kata kerja transitif. | Tatabahasa | 08.05.2013 |
Perkataan yang manakah betul? A) menaksir B) mentafsir | Kedua-dua perkataan "menaksir" dan "mentafsir" adalah betul. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berlainan. "Menaksir" bermaksud mengira atau menghitung jumlah, harga dan lain-lain atau maksud keduanya ialah menyangka atau mengagak dengan melihat-lihat keadaan; atau menilai secara agak-agak; atau mengagak. "Mentafsir" pula bermaksud menerangkan atau menjelaskan maksud ayat Quran atau hadis, atau memberikan penjelasan atau menghuraikan sesuatu perkara. Tuan/puan boleh melayari www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat berkaitan bahasa atau makna perkataan. | Lain-lain | 16.11.2016 |
Apakah maksud perkataan berikut 1.berkerja 2. menaksir | Jawapan 1: Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. Menurut KAmus Dewan Edisi Keempat, bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu . Jawapan 2: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "menaksir" bermaksud menaksir, mentaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; | Tatabahasa | 27.03.2013 |
soalan brkenaan sastera: 1.naksud sebenar rima akhir-pengulangan bunyi akhir atau huruf akhir baris puisi.saya keliru | Rima ialah skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan bunyi di hujung baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. Kekeliruan anda mungkin menyangka huruf akhir baris puisi yang dinyatakan dalam sesuatu penerangan sama ada buku atau ceramah adalah sama dengan rima akhir dan pergulangan bunyi akhir. Sebenarnya rima akhir dan pergulangan bunyi adalah sama dan huruf akhir pula ada tanda yang digunakan untuk menunjukkan pergulangan bunyi atau rima seperti contoh di atas. | Lain-lain | 15.02.2009 |
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri | 1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan. 2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar. 3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu. 5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti. | Makna | 16.09.2008 |
Adakah perkataan ' kongsi' di iktiraf olih DBP? Perkataan ini dipakai dengan luas. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah kata ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membuat rujukan. Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Definisi Kongsi: 1. persekutuan (pergabungan) yg mengandungi dua orang atau lebih yg bekerjasama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm sesuatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, bersepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg dijalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg berkongsi. Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Tatabahasa | 09.05.2018 |