Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : memukuli dgn rotan (sbg hukuman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : 1 membersihkan sesuatu dgn menggunakan sapu: ~ lantai. 2 mengesat atau mengelap dgn sapu: Dia ~ matanya dgn tuala kecil. 3 melumas sesuatu (dgn): Dia ~ dinding biliknya dgn cat biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyapu

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Menyapu tangan anak Raja Cina;
Lah malang tangan celaka tangan,
     Di dalam tangan diambil orang pula.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Yang berikut manakah betul? 1) menyapu sampah 2) menyapu lantaiKedua-dua frasa boleh digunakan bergantung pada konteks ayat seperti "Emak menyapu lantai sehingga bersih" dan "Emak menyapu sampah di halaman rumah".Tatabahasa28.02.2015
Manakah ayat yang lebih tepat dan gramatis menyapu sampah atau menyapu lantai?Kedua-dua frasa boleh digunakan bergantung pada konteks ayat seperti Emak menyapu lantai sehingga bersih dan Emak menyapu sampah di halaman rumah.Tatabahasa12.09.2014
Mohon nasihat tuan/puan.Adakah perbezaan antara ayat-ayat di bawah: Kakak menyanyi sambil menyapu lantai. Kakak menyapu lantai sambil menyanyi. Perlukah aktiviti utama diletakkan di hadapan iaitu sebelum kata hubung sambil. Terima kasih.Kedua-dua ayat yang dinyatakan adalah betul. Ayat pertama mengutamakan menyanyi manakala ayat kedua mengutamakan menyapu. Meletakkan yang mana yang utama ditentukan oleh yang mana hendak diutamakan dalam ayat.Tatabahasa02.03.2016
Menyapu sampah atau menyapukan sampah -Emak menyapu sampah di halaman rumah. -Emak menyapukan sampah di halaman rumah.Emak menyapu sampah di halaman rumah.Tatabahasa29.04.2014
Siti menyapu di bilik atau Siti menyapu lantai di bilik. Yang mana satu betul?Ayat yang gramatis ialah Siti menyapu lantai di dalam bilik.Tatabahasa27.07.2012
Yang mana satukah merupakan frasa kerja yang betul? "menyapu sampah" atau "menyapu lantai"?Kedua-duanya betul.Tatabahasa30.03.2010
adakah perkataan 'sapu-menyapu' boleh digunakan sebagai kata ganda?Perkataan sapu-menyapu tidak boleh digunakan sebagai kata ganda. Kata ganda yang betul ialah menyapu-nyapu yang membawa maksud mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap.Tatabahasa07.02.2013
Ayat yang mana lebih tepat? 1.Aminah menyapu sampah dengan penyapu di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih. 2.Aminah menyapu sampah di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih dengan penyapu. Terima kasih.
Ayat yang lebih tepat ialah "1.Aminah menyapu sampah dengan penyapu di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih." 

Tatabahasa21.07.2014
Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melangganPerkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui.Tatabahasa30.10.2006
Adakah ayat ini betul ? Jika salah tolong betulkan. 1. Kita mesti rajin. Contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. 2. Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk.Ayat yang betul ialah: Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk.Tatabahasa16.07.2014
1234

Kembali ke atas