Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ran.kan] | مڽارنکن

Definisi : 1. mengemukakan (pendapat dsb), mengemukakan cadangan, memberi saran: dlm tulisannya itu, Nik Hasan ~ supaya kerajaan bertindak menyelamatkan negeri Kelantan; 2. menyebarkan di kalangan umum, menyiarkan, mempropagandakan: dia pandai berpidato ~ cita-cita politiknya kpd rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
saran
Kata Terbitan : saranan, menyarankan,

Peribahasa

88

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Batu pun empuk, jangankan manusia

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah ayat yang betul.. 1. saya menyarankan agar dibina kompleks pelajar 2. saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina soalan 2 1. di masa hadapan 2. pada masa hadapan1. Saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina.
2. pada masa hadapan.
Tatabahasa22.07.2013
Salam sejahtera. Terima kasih atas penjelasan terdahulu. Saya rujuk:'menyarankan' adalah kata kerja yang bermaksud mengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; atau memberi usul. Bagaimana dengan 'sarankan'? Penggunaannya dalam laman web atau bahasa sehari-hari dilihat sbg kata kerja. Adakah 'sarankan' kependekkan tidak formal untuk kata kerja 'menyarankan' (lebih formal)? Adakah 'sarankan' sebenarnya 'menyarankan' dan hanya sesuai digunakan dalam bahasa perbualan dan situasi2 tidak formal? Maklumat untuk 'sarankan' tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Terima kasih.

Sdr. Jeanet,

Maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk memberikan jawapan kerana saya terpaksa merujuk beberapa buah kamus sebelum saya menjawab soalan ini. Memang tidak terdapat perkataan sarankan dalam kamus dan saya bersetuju sarankan ada ketikanya digunakan bagi maksud menyarankan.

Tatabahasa26.04.2010
Tolong cari 1 kesalahan istilah dan 1 kesalahan tatabahasa bagi 2 ayat di bawah.Terima kasih.1)Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.2)Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.Soalan 1)Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.

Jawapan 1:
Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha di Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barangan keluaran (syarikat) mereka.

2)Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
Jawapan 2:
Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke masa / dari semasa ke semasa hingga mencapai satu tahap ynag dikehendaki.
Tatabahasa02.04.2013
Saya, seorang pelajar sekolah menengah menyarankan kepada pihak DBP menempatkan seorang pegawai bahasa Melayu di setiap sekolah untuku membantu para guru mengajar bahasa Melayu yang betul krpada para pelajar di Malaysia. Penempatan pegawai bahasa di setiap sekolah dapat merealisasi visi DBP untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Usaha memartabatkan bahasa Melayu ialah tanggungjawab bersama, bukan terhad kepada DBP dan pejuang bahasa. Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah guru-guru khususnya guru mata pelajaran Bahasa Malaysia memainkan peranan yang cukup besar dalam usaha murni ini. Guru-guru memainkan peranan mereka dalam ruang lingkup fungsi dan tempat kerja mereka, manakala DBP akan sentiasa membantu dan mengetuai program pemartabatan bahasa Melayu.Lain-lain14.11.2014
Saya ingin kemukakan cadangan agar DBP menyarankan agensi pendidikan swasta/ GLC menggunakan bahasa Melayu semasa aktiiti rasmi dan mesyuarat. Hal ini boleh disarankan melalui Pembentangan Belanjawan 2017 oleh PM. Kerajaan wajar bertegas dalam hal ini. Terima kasihKami ambil maklum cadangan tuan. Untuk makluman tuan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Seyogia kita sebagai rakyat Malaysia, menghormati peraturan yang ada patah lagi kita semua berpegang kepada prinsip "Keluhuran Perlembagaan". Pada setiap kesempatan yang ada seperti perasmian sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, hal ini sering ditegaskan semula.Lain-lain18.08.2016
Sila tujukan pesanan ini kepada pengendali/pengelola Gerbang Kata, jadikannya lebih mesra pengguna. Tiada maklum balas e-mel langsung. Didik rakyat Malaysia cara menyarankan kata melalui platform tersebut. Sekarang ini sukar kerana untuk melihat saran baharu pun kena taip sendiri pautan http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx kerana tiada langsusng butang untuk ke sana.Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
Kamus Inggeris-Melayu Dewan mendefinisikan "intuition" sebagai 'gerak hati' dan juga 'intuisi'. Ini bermakna kedua-duanya boleh digunakan tanpa ragu? Adakah pihak DBP menyarankan penggunaan salah satu sebagai lebih digalakkan, misalnya 'gerak hati' daripada 'intuisi' atau sebaliknya. Sekiranya ada, mengapa satu lebih digalakkan dari yang lain? Adakah 'intuisi' boleh dikatakan sebagai sinonim kepada 'gerak hati'? Terima kasih.Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan kata intuition diberi padanan sebagai gerak hati atau intuisi. Kedua-dua padanan ini boleh digunakan mengikut konteks masing-masing. Bagi penggunaan yang lebih umum kata gerak hati boleh digunakan. Bagi penggunaan yang lebih teknikal atau ilmiah kata intuisi boleh digunakan.Makna02.09.2007
Pihak kami ingin menamakan "KIARAMAS SERAYA" untuk penamaan kondominium baru kami. Sila rujuk pertanyaan kami bertarikh 4/10/2018 melalui email (project@asiaquest.com.my) Pihak DBP menyarankan supaya di namakan "Kondominium Kiara Seraya". Saya ingin tahu adakah cadangan nama Kiara Seraya tu yang muktamad? Sebab Kiaramas adalah nama syarikat kami sbb itu kami mencadangkan Kiaramas Seraya dan bukannya Kiara Seraya. Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima Kasih.

Tuan/puan yang budiman, kami ingin memohon maaf kerana terdapat kesilapan ejaan pada cadangan yang kami kemukakan dahulu. Tuan/puan boleh menggunakan cadangan nama yang dikemukakan oleh pihak tuan/puan tersebut, iaitu KONDOMINIUM KIARAMAS SERAYA.  Walau bagaimanapun, perakuan penamaan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik  daripada DBP hanya dapat disahkan sekiranya pihak tuan/puan, mengemukakan cadangan tersebut pada borang kuning yang boleh diperoleh daripada Jabatan Pelesenan DBKL. Dalam borang tersebut, mohon nyatakan sebab nama tersebut dipilih berserta ulasan dalam ruangan DBP.

Lain-lain09.10.2018
bagaimanakah memupuk minat pelajar cina terhadap sastera melayu?KN DBP hanya dapat menjawab soalan berbentuk fakta.  Oleh sebab soalan saudara/saudari tersebut bersifat subjektif, kami menyarankan saudara/saudari membuat penelitian minat pelajar-pelajar Cina tersebut terlebih dahulu terhadap bentuk-bentuk sastera Melayu yang mereka minat. Selain itu, saudara/saudari juga boleh meneliti faktor tidak minat mereka kepada sastera Melayu. Walau apa pun yang perlu ditekankan kepada mereka adalah bahawa asas sesuatu sastera, tanpa mengira bangsa adalah satu matlamat, iaitu melahirkan insan yang berjiwa murni dan bersahsiah tinggi.Lain-lain14.06.2008
Perkataan 'sepupu' terdapat dalam kamus Dewan, tapi perkataan gandaannya 'sepapat' tidak disenaraikan. Perkataan 'sepapat' masih digunakan dalam novel, berita & majalah, tetapi mengapa perkataan ini tiada didaftarkan? Mohon pencerahan.Kami menyarankan tuan ke laman http://ekamus.dbp.gov.my/Default.aspx untuk mencadangkan perkataan "sepapat" dimasukkan ke dalam kamus dewan. Portal ini menyediakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak (Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain), bahasa orang asli (Mah Meri, Semelai, Jahai dan lain-lain), kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Portal ini juga merupakan medium yang merakam, menyimpan, membincangkan dan menggunakan semula semua maklumat tersebut, yang terdiri daripada makna kata, contoh penggunaan, kelas kata, terjemahan kata dalam bahasa lain, sebutan, bunyi, gambar, asal usul kata dan seumpamanya.
Lain-lain28.09.2014
123

Kembali ke atas