Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
saran
Kata Terbitan : saranan, menyarankan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah ayat yang betul.. 1. saya menyarankan agar dibina kompleks pelajar 2. saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina soalan 2 1. di masa hadapan 2. pada masa hadapan1. Saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina.
2. pada masa hadapan.
Tatabahasa22.07.2013
Tolong cari 1 kesalahan istilah dan 1 kesalahan tatabahasa bagi 2 ayat di bawah.Terima kasih.1)Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.2)Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.Soalan 1)Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.

Jawapan 1:
Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha di Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barangan keluaran (syarikat) mereka.

2)Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
Jawapan 2:
Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke masa / dari semasa ke semasa hingga mencapai satu tahap ynag dikehendaki.
Tatabahasa02.04.2013
Salam sejahtera, 1. Apakah golongan kata bagi perkataan 'saran'? (Kamus Dewan (ed.4) tidak menunjukkan maklumat ini). 2. Antara definisi KD utk 'saran' (I) ialah 'cadangan' atau 'pendapat'. Saya andaikan definisi tersebut sama spt dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) utk 'saran' yg KBBI kategorikan sbg kata nama. Mohon klarifikasi dari pihak DBP sekiranya penggunaan 'saran' sebagai kata kerja dlm akhbar [contoh: 'TPM saran pelajar teroka bidang baru utk cipta kejayaan' (Utusan, 19/3/2010) atau 'Isteri PM saran ambil iktibar negara bergolak' (Utusan, 22/3/2010)] salah, betul, atau dibenarkan sbg kata kerja untuk tajuk berita. Sekiranya penggunaan 'saran' (dan bukan 'menyarankan') sbg kata kerja semakin popular, mungkin BM dapat menerima evolusi bahasa tersebut? Terima kasih.Saran ialah kata nama bermaksud pendapat yang dikemukakan untuk dipertimbangkan atau usul. Perkataan menyarankan pula menjadi kata kerja yang bermaksud  mengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; atau memberi usul. Ada kata kerja yang tidak memerlukan imbuhan seperti makan, minum dan tidur. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat perkataan saran digunakan untuk laras bahasa akhbar sahaja tetapi penggunaan yang betul dari segi tatabahasa adalah dengan meletakkan imbuhan menjadi menyarankan.Tatabahasa22.04.2010
mana satu yang betul diperakui atau diperakukan?Memperakui bermaksud mengesahkan: lantikan tersebut adalah sah dan diperakui oleh undang- undang;

Memperakukan bermaksud 1. memberikan sokongan (utk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2. mengemukakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~ beberapa buah buku utk diterjemahkan;

Oleh yang demikian kedua-dua perkataan ini betul bergantung pada penggunaannya dalam ayat.

Tatabahasa05.05.2009
1. Apakah penjodoh bilangan bagi kek? 2. Apakah penjodoh bilangan bagi kemalangan? 3. Apakah bezanya "mengadakan" dan " menganjurkan"? 4. Guru Besar atau guru besar? 5. di kalangan atau dalam kalangan? 6. baru atau baharu? 7. Dia makan epal, durian, dan manggis. Perlukah tanda koma diletakkan sebelum perkataan "dan"? 8. pantai Port Dickson atau Pantai Port Dickson? 9. negeri Selangor atau Negeri Selangor? 10. kereta api atau keretapi? 11. sebuah negeri atau satu negeri? 12. Apakah penjodoh bilangan bagi majlis dan hantu?

1. Penjodoh bilangan bagi kek bergantung pada bentuknya. Boleh digunakan sebiji kek (jika kek itu belum dipotong) ataupun sepotong kek.

2. Tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk kemalangan.

3. Mengadakan bermaksud  1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. meng­usaha­kan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), mengan­jurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan, manakala menganjurkan  1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadang­kan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah.

4. Dalam konteks umum, guru besar dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, ia perlu ditulis dengan huruf besar jika diikuti oleh kata nama khas.

5. Frasa yang betul ialah dalam kalangan.

6. Baru bermaksud 'just', contohnya baru tiba manakala baharu bermaksud 'new', contohnya seperti buku baharu, baju baharu dll.

7. Tanda koma tidak perlu diletakkan kerana epal, durian dan manggis tergolong dalam kategori yang sama.

8. Perkataan pantai Port Dickson tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada perkataan pantai kerana pantai ialah kata nama am.  

9. Ejaan yang betul ialah negeri Selangor sahaja.

10. Ejaan yang betul ialah kereta api.

11. Sebuah negeri.

12.  Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia.

 

Tatabahasa10.03.2010
penggunaan perkataan "dari" dan "di terapkan" dalam ayat berikut: Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu "dari" 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan bintang (star rating) 5 dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S "di terapkan" di Kementerian Luar Negeri. Penggunaan yang betul perkataan "mencakup", "mempraktikkan" dan "dipraktikkan". Ayat tersebut seperti berikut: Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum juga, Amalan 5S ini "mencakup" konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi jabatan/bahagian yang belum lagi "mempraktikkan" amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu Bahagian ini ingin menyarankan agar wakil di hantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat "dipraktikkan" di Jabatan/bahagian lain. Perkataan "koding". Ayat: Sistem "koding" dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang "dipraktikkan di Stro Utama. Sistem "koding" berwarna yang memudahkan penyusunan strok supaya selaras dengan kehendak Pekeliling berkaitan.

Penggunaan yang betul ialah:

1. Seperti yang tuan/puan sedia maklum salah satu daripada 'Quick-Wins' untuk mencapai penarafan lima bintang (star rating) daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) adalah untuk memastikan Amalan 5S diterapkan di Kementerian Luar Negeri.

2. Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum, Amalan 5S ini mencakupi konsep susun, sisih, seragam, sapu, dan sentiasa amal. Buat masa ini terdapat banyak lagi bahagian/jabatan yang belum lagi mempraktikkan amalan 5S ini. Sehubungan dengan itu, kami menyarankan agar wakil setiap bahagian/jabatan dihantar ke Stor Utama, Wisma Putra yang terletak di Bahagian Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagaimana Amalan 5S ini dapat dipraktikkan di bahagian/jabatan masing-masing.

3. Sistem pengekodan dan label yang seragam bagi setiap item stok selaras dengan kehendak Pekeliling tersebut. Adalah menjadi hasrat Bahagian agar tuan/puan dapat menghantar wakil untuk melihat dengan sendiri contoh Amalan 5S terbaik di Wisma Putra yang dipraktikkan di Stor Utama. Sistem pengekodan berwarna yang memudahkan penyusunan stor selaras dengan peraturan dalam Pekeliling yang berkaitan.

Tatabahasa31.03.2011

Kembali ke atas