Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.sar] | مڽاسر

Definisi : menolak atau me­nyorong sesuatu (barang, orang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.sar] | مڽاسر

Definisi : membidik, menghala, menuju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.sar] | مڽاسر

Definisi : tidak mengikut arah yg sepatutnya, sesat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.sar] | مڽاسر

Definisi : membidik; me­ne­nang; menuju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nya.sar] | مڽاسر

Definisi : tidak mengikut arah yg betul; salah jalan; sesat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sasar3
Kata Terbitan : menyasar, kesasar, tersasar, menyasar, sasaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengesahkan penggunaan pekataan yang betul bagi kemuskilan di bawah 1. Penggunaan perkataan sasaran dan menyasar, contoh PNB menetapkan sasaran mengumpul RM10 juta deposit atau PNB menyasarkan mengumpul RM10 juta 2. Perbezaan makna Baru dan Baharu... Contoh Saya balik kampung baru-baru ini Saya membeli kereta baharu

Sdri zaharah,

Frasa yang betul ialah:

 PNB menetapkan sasaran mengumpul RM10 juta deposit.

     Hal ini demikian, kerana makna kata Sasaran ialah hasil drpd sesuatu usaha, tindakan dsb yg ingin dicapai, matlamat: kami harus mencapai ~ kerja bulanan yg telah ditetapkan; menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu; .

    Manakala ayat ( No.2) yang sdri kemukakan seperti di atas, iaitu penggunaan kata baru-baru dan baharu. Jika diteliti ayat tersebut, kata baru-baru menunjukkan masa perjalanan balik ke kampong, manakala kata baharu atau baru menunjukkan bahawa dia membeli kereta yang baharu/baru bukan yang lama.

 

     

Tatabahasa27.03.2009

Kembali ke atas