Salam. Ada kekeliruan ejaan. Kamus Dewan Ed. 4 menyatakan ejaan "insya Allah" ada tanda sempang, "insya-Allah". Tetapi, dalam rujukan Khidmat Nasihat, ada yg menyatakan ejaan yg betul "insyaAllah" dan ada yg menyatakan "insya-Allah". Rujukan prpm di sini http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya-allah&d=10. Mohon pencerahan. T.k. | Ejaan yang betul ialah insya-Allah. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 24.07.2013 |
BGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBEZAKAN PENGGUNAAN AYAT KOMPLEMEN DAN RELATIF YANG GRAMATIS.ADAKAH PENGGUNAAN KATA KERJA TRANSITIF 'MEMBERITAHU ' BOLEH DIIKUTI 'BAHAWA'?BAGAIMANA PULA AYAT...MENYATAKAN YANG DAN MENYATAKAN BAHAWA.TQ | Cara untuk membezakan penggunaan ayat komplemen dan ayat relatif adalah dengan merujuk penggunaan kata hubung yang digunakan dalam ayat tersebut. Ayat komplemen menggunakan kata hubung bahawa dan untuk, manakala ayatrelatif menggunakan kata hubung yang (penanda relatif). Kata kerja transitif hendaklah diikuti dengan objek, bukan kata hubung (bahawa). Kedua-dua kata tersebut boleh digunakan dalam membina ayat, cuma kata hubung bahawa digunakan dalam membina ayat majmuk pancangan. | Tatabahasa | 09.09.2008 |
DBP menyatakan air sebagai diftong, dan cair sebagai vokal berganding, bolehkah jelas lebih lanjut mengapa sebegini? Terima kasih. | Setelah berbincang dengan pakar bahasa, air dan cair merupakan vokal berganding. Kami memohon maaf atas kekeliruan tersebut. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
assalamualaikum .. boleh menyatakan ciri-ciri penulisan surat berkesan dari segi penjelasan dan ketelitian .. tolong jelaskan | Ciri-ciri penulisan surat yang berkesan ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai.Yang paling utama, hendaklah menggunakan format surat yang tepat iaitu surat rasmi ataupun surat tak rasmi. Saudara, boleh merujuk buku-buku yang berkaitan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 18.02.2013 |
Rakan saya menyatakan “amin” bermakna aman, “aamin” bererti meminta perlindungan, “amiin” bermaksud jujur dan “aamiin” ya Allah, kabulkan doa kami. Dia mencadangkan agar kita menggunakan ejaan “aamiin” untuk maksud mengaminkan doa. Apakah pandangan DBP? | Amin ialah perkataan bahasa Arab dan dieja sedemikian. Bahasa Melayu tidak memberikan penambahan vokal bagi perkataan yang disebut panjang, sebaliknya satu vokal melambangkan satu jenis sebutan. | Ejaan | 07.03.2012 |
Ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa penggunaan kata ganda untuk menunjukkan bilangan lebih daripada satu (plural) tidak diamalkan lagi. Contohnya: Soalan yang berbunyi - Namakan jenis-jenis haiwan yang terdapat di hutan; rakan menyatakan cukup dengan menyatakan: Namakan jenis haiwan sahaja (kerana perkataan jenis pun menggambarkan banyak). Ada kah ini benar? | Hal ini lebih kepada gaya penulisan. Walau bagimanapun gaya penulisan terkini ada kewajarannya kerana bagi situasi yang jelas seperti ayat contoh yang saudara berikan tak perlu lagi dijamakkan. | Lain-lain | 07.01.2013 |
Ada buku rujukan tatabahasa menyatakan penggunaan perkataan "ia" merujuk kepada manusia sahaja. Ada juga mahzab yang menyatakan perkataan "ia" boleh merujuk kepada benda dan binatang. Mohon penjelasan DBP. | Kata ganti nama ia merujuk manusia dan benda yang dibicarakan tetapi tidak termasuk binatang. Lazimnya binatang tidak menggunakan kata ganti nama ia, dan nama binatang tersebut diulangi beberapa kali apabila merujuk binatang tersebut. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
DBP, (i) Kata sendi nama 'diguna' untuk menyatakan tempat, arah dan masa. (ii) Kata sendi nama 'digunakan' untuk menyatakan tempat, arah dan masa. Ayat yg mana satukah adalah tepat? Penggunaan inbuhan 'di__kan' . Terima kasih DBP | Berdasarkan contoh soalan yang diberi, persoalannya adalah tentang pengguanan kata diguna atau digunakan. Dalam hal ini penggunaan yang betul ialah kata digunakan. Untuk mendapat maklumat tentang apitan di-...-kan, lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 202. | Tatabahasa | 12.08.2010 |
penggunaan perkataan kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang. | Kekangan bermaksud halangan/sesuatu yg mengekang (menghalang dll). Dalam konteks ayat tersebut, kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang ialah halangan/sesuatu yang menghalang permohonan ruang itu diluluskan. | Makna | 01.04.2010 |
Apakah perbezaan antara pernyataan dan penyataan? Terima kasih | Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan, dan pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara | Makna | 26.04.2013 |